Sahabat adalah perisai diri

Saturday, March 3, 2012

KETAHUILAH WANITA YANG WAJIB MASUK NERAKA

Salam,
Bagi sesetengah orang tu.....semua perkara2 yang tersenarai kat bawah ni remeh ja bagi depa kan...,tapi sebaliknya adalah dosa yang amat besar....Wanita lah yang paling senang sekali nak masuk syurga.....tetapi Wanita jugak lah yang paling banyak sekali akan berada kat dalam neraka......Jadi pikir2lah dan sama2lah kita semua memperbaiki diri..... supaya kita semua ni tak tergolong dalam orang2yang di murkai Allah......


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada
suaminya.


12 comments:

  1. Semoga kita semua dijauhkan drpd semua tu...nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ros..

    Ya, wanita paling ramai masuk neraka.. Nauzubillah..sama2lah memperbaiki diri..

    ReplyDelete
  3. share link ni kat fb da,kak ros... :)
    how's ur saturday? heee~

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah....
    Samalah2 kita memperbaiki diri...semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.....

    ReplyDelete
  5. nauzubillah..harap2 kita semua tak tergolong dalam golongan ni...harap masih dapat baiki kelemahan diri...

    ReplyDelete
  6. mintak jauh dari semua ini..nauzubillah~

    ReplyDelete
  7. Salam Yayansmum,

    Semoga kita tak tergolong dalam orang2 yang macam ni ya Yayansmum.....

    ReplyDelete
  8. Salam Noorieda,

    Waalaikumsalam Noorieda......Mesti kena selalu dok ingat benda2 ni semua kan Noorieda.....Kak Ros pun kadang2 tu terlupa jugak....

    ReplyDelete
  9. Hi Mr.Clive,

    Ya silakan.....semuanya ni untuk dikongsi bersama dengan semua orang....Terimakasih ya Mr.Clive....

    Hari Sabtu......eeemmmm....Kak Ros macam biasa lah alhamdulillah sihat cuma sibuk sikit nak siapkan tempahan baju pelanggan....

    ReplyDelete
  10. Salam Mulut Payau,

    Ya MP.....Sama2 lah kita ingat memperingati diantara satu sama lain....semoga kita dijauhkan dari orang2 yang di murkai Allah...

    Dah pi Hospital dah ka MP...?jangan bubuh ubat sembarangan.....pi chek doktor dulu ya MP....

    Moga cepat sembuh la ya.....

    ReplyDelete
  11. Salam eita,

    Ya eita...itulah yang kita harap2 kan....semoha kita semua terhindar daripada golongan yang dimurkai Allah ni.....

    ReplyDelete
  12. Salam Sal IjOu,

    Ya Sal......Sama2lah kita sentiasa beringat ya.....takut sungguh kak Ros baca azabnya.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails