Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, March 14, 2012

Motif Dendam

Salam,
Allahhuakbar....inilah arwah adik Nadirah yang dilaporkan hilang sebelum adik wan Hazim yang berusia 7 tahun tu.......Adik Wan Hazim dah ditemukan dengan selamat,tetapi Arwah adik Nadirah telah dibunuh........Hasil siasatan polis berkemungkinan motif dendam...Kalau lah betoi angkara dendam ni sampai sanggup membunuh orang,memanglah dia ni syaitan bertopengkan manusia ......


KUALA LUMPUR
: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.
Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.

“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.


10 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Ros

    Bila hati2 dikuasai dengan dendam..andai tidak dibimbing dgn keimanan kerohanian..hilang kewarasan akal..hilang pedoman!
    :(

    Sedih bila baca berita dik dirang ni kan kak..:(

    ReplyDelete
  2. ya allah...sedihnya...
    knp la kanak2 x berdosa mjadi mgsa...
    sesungguhnya syurga menanti mu nak..

    ReplyDelete
  3. Kejamnya.... kalau betullah ayahnya terlibat, memang bukan manusia tu...

    ReplyDelete
  4. Tak ada kata nak menyebut dgn tepat perihal kelakuan sipembunuhnya....semoga mereka2 ini mendpat hukuman yg setimpal...Dirang, damailah kau diSyurga nak..memang itu tempat mu...

    ReplyDelete
  5. Dulu Nurin Jazlin, sekarang Dirang. Harap tak ada kes begini lagi.

    Hati kita geram, marah, benci dan resah bila ada berita begini kan...

    ReplyDelete
  6. suspek ke-4 ialah bapa arwah sendiri..?? subhanallah...

    ReplyDelete
  7. as salam..

    kerana dendam, budak yg tak tau apa jadik mangsa,.

    ReplyDelete
  8. tak tau nk ckp pe kak dgr kt brite pg td... sbb dndm kt nenek dia sanggup nk bunuh... stkt org tu hina bls la balik ngn hina jgn la sampai membunuh... mmg binatang lah tu kn kak...kalu manusia msti gune otak

    kadang terbayang2 camne lah arwah dirang tu dibakar hidup2... allah...kesian nya... semoga syurga lah tmpt dia...

    ReplyDelete
  9. haih..ingat nyawa tu main2 kot...huhu

    ReplyDelete
  10. sassalam ros ..manusia semakin hilang pertimbangan..hu2x..mungkinkah bapanya turut terlibat ek?..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails