Sahabat adalah perisai diri

Friday, March 9, 2012

Beraninya Pengawal Curi Cincin Bernilai RM57j....

salam,
Ya allahhh.....bukannya ribu2 tapi juta2 nih..........Dari cerita kat bawah ni yang mana satu betoi pun tak tau la kan.......

myMetro 

SULTAN Brunei bersama Mariam sebelum mereka bercerai pada Februari 2003.

LONDON:
Bekas isteri Sultan Brunei mendakwa seorang pengawal peribadinya mencuri dan menjual sejumlah berlian bernilai lebih 12 juta (RM57) juta sebelum menggantikannya dengan replika murah.

Mariam Aziz, 55, berkata bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, mencuri seutas gelang berlian 3.5 juta dan dua cincin berlian 8.7 juta pada 2008 serta 2009 untuk digunakan bagi membayar hutang judinya.
Peguam Mariam, Max Mallin, memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, Fatimah, 34, “mengaku” dia “tidak amanah” dengan mengambil barang kemas itu ketika bertugas di rumah majikannya di Kensington.

Kata Mallin, pengakuan itu dibuat Fatimah ketika suspek disoal siasat polis di Brunei.
“Bagaimanapun, kini Fatimah mendakwa pengakuan itu dibuat secara paksa,” katanya.

Menurut Mallin, Fatimah mendakwa dia diarah oleh Mariam supaya menjual berlian itu bagi menampung hutang perjudiannya yang dibuat atas nama pengawal peribadi terbabit.

Mahkamah diberitahu, anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya “meminjamkan” dua cincin berlian biru dan kuning kepada Fatimah tetapi barang kemas itu tidak dipulangkan.

Kata Afifa, Fatimah dua kali meminta untuk meminjam cincin itu “selama beberapa jam” pada November dan Disember 2009.
Fatimah juga, katanya, berjanji akan memulangkan barang kemas berkenaan tidak lama selepas itu.

“Menurut Fatimah, dia menguruskan perjanjian hartanah dan meminta izin meminjam barang kemas ibu (Mariam).

“Ketika itu, saya memang percaya kepada Fatimah kerana dia seperti kawan karib saya,” katanya.
Afifa berkata, apabila disedari cincin berlian itu dipalsukan, Fatimah merayu kepadanya supaya ia dirahsiakan daripada pengetahuan Mariam.

Menurut Afifa, Mariam panik apabila mendapat tahu barang kemasnya hilang, manakala satu daripadanya adalah palsu.

“Ibu saya (Marian) tidak mengizinkan berlian itu diserahkan kepada Fatimah,” katanya.
Sementara itu, Fatimah - tidak hadir dalam perbicaraan semalam - berkata, dia tidak diwakili peguam kerana kekurangan wang.

Mariam juga menuntut ganti rugi atas kehilangan gelangnya, selain mahu berlian biru dan kuning yang dibeli peniaga di Geneva dipulangkan kepadanya.


3 comments:

  1. waduhhh...mmg btl2 berani ni...harga juta2 tuh..

    ReplyDelete
  2. haha baru 57 juta...kak ros,cube tgk muke sultan brunei tu...mcm bosan aje -mungkin terlalu byk duit...xtau mau buat ape da...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ros..

    Haih..berani nya laaa..

    Saya jumpa duit singgit tengah jalan pun takut nak ambil..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails