Sahabat adalah perisai diri

Friday, March 9, 2012

Kenyataan Yang Terang Tapi Kebanyakkannya Manusia Tak Nampak........

Salam,
Apabila diri kita dan jiwa kita ni tidak perduli dan tak rakus langsung dengan harta dunia....,boleh besyukur dan bersabar dengan derita yang Allah bagi...., tidak kisah langsung dengan apa pun yang orang nak mengumpat kat kita........ya Allahhhhh......memang hebat lah kan......

Secara tak langsungnya kita akan termasuk dalam golongan manusia2 yang luar biasa.....,pasai jiwa kita ni hanya dengan Allah saja......Boleh ka kita jadi manusia yang luar biasa nih.....?insyaallah kan....mai lah sama2 kita semua dan kak Ros jugak berusaha sedaya upaya kita kearah ni.......

Banyak sungguh perkara2 yang kita ketahui tapi kita tidak tau pulak rahsia di sebaliknya.....Di antara perkara2 yang kita tau tetapi kita tak tahu rahsianya ialah….....


1. Di antara cara nak mendidik manusia kearah kebaikan ialah dengan berusaha menyakitkan nafsunya......

2. Kalau seorang muslim ni mati bersama sama dengan sakit zahirnya...., maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia akan mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama sama dengan penyakit batinnya, dia akan terus ke Neraka......

3. Manusia yang berpenyakit lahir iaitu fizikalnya......, Penyakit ni hanya lah boleh merosakkan anggota badannya saja....... tetapi sebaliknya manusia yang berpenyakit batin ni pulak boleh dikatakan... ia akan merosakkan semua yang ada di dunia ni.... Banyak perkara yang akan dirosakkannya.....

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka...., memang payah sangat untuk kita mentadbir dan menguruskannya..... Biasanya memang selalu lah kita akan melakukan kesalahan di dalam menguruskannya....

5. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita adalah lebih berkesan daripada hanya sekadar memberi ilmu dan teorinya....

6. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh...., yang tak dak akai pikiran dan yang tak pernah bersekolah langsung iaitu duit dan jugak harta.... Bahkan orang2 yang paling bijak pandai tu sekalipun boleh dirosakkannya.....Hebatkan duit ngan harta ni......

7. Orang yang memiliki dunia ni....selalunya lah jiwanya tak akan tenang....... Orang yang memiliki Allah pulak...., jiwanya akan sentiasa tenang...... Pasai tu lah kebanyakkannya orang yang memiliki dunia ni ada yang membunuh diri sendiri....... Ini semua tak akan berlaku dekat orang2 yang memiliki Allah........

8. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.....

9. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya amat senang diselesaikan kalau kita tau rahsia2nya..... Iaitu dengan iman dan taqwa.... Barulah akan berlakunya...., Pemimpin2 yang bertanggungjawab dan yang akan berusaha bersusah payah demi menegakkan keadilan....., Orang2 kaya akan menjadi pemurah....., Orang2 yang miskin akan bersabar......, Orang2 yang berilmu memberi ilmu....., Ulama-ulama akan bagi nasihat, mendidik dan pemuda-pemudi akan terus menyumbangkan tenaga...... Semua manusia2 ni pulak akan bermaruah dan bersifat malu...... Setiap orang tak akan ada lagi yang pentingkan dirinya sendiri dan akan mengutamakan orang lain jugak..... Anak2 yang kecik tak akan diabaikan dan akan dicurahkan dengan kasih sayang......., Anak2 yang masih bersekolah tak akan ditunjukkan sayang atau pun benci manakala kat anak2 yang sudah dewasa pulak akan ditunjukkan kemesraan dan selalulah dijadikan kawan berbincang.....Aman bahagia ja kalau kehidupan kita macam ni kan.....

10. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenai dirinya dan pandai meletakkan dirinya kat tempat yang betoi.......

11. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia ni kan....... setiap orang semuanya sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu sendiri lupa, bahkan lumrah berlakunya perkara yang kita tidak suka itu kadang2nya disebabkan oleh diri kita sendiri jugak.... sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contohnya...., apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila dah tak dak keamanan, penzalim ni jugak akan turut susah dan terancam kan.... Bila orang kaya bakhil....., banyak orang yang akan dengki dan sakit hati. Risikonya dia sendiri jugak yang akan ikut sama menanggungnya..... Bila seseorang itu sombong...., orang akan benci. Kalau berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tak akan ambik peduli dan orang tidak akan bersimpati langsung..... Jadi...., sikap kita jugaklah adakalanya yang dok mengundang bala atau pun kesusahan ni......

Semoga Allah membantu kita semua menjadikan kita insan yang beriman dan bertakwa.........


11 comments:

  1. Selamat tengahari Ros... perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat di hari Jumaat yang mulia ini. Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. yee..moga Allah membantu kita menjadi muslim yg sejati...bertakwa kepadaNya dengan hati yg murni dan ikhlas..amin..

    ReplyDelete
  3. nice sharing kak. terima kasih for sharing. sama2 lah kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt. insyallah

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak ros sebab share..
    moga jadi ingatan buat cheqna ke arah yang lebih baik =)

    ReplyDelete
  5. kalau tak de penyakit hati.... aman duniaaaaa....

    ReplyDelete
  6. salam kak ros ! hehe.. betul tu.. smoga kita peka dgn keadaan sekeliling... lebih bertakwa dan bykkan beribadat dan beramal...

    ReplyDelete
  7. betul...benda yg manis selalunya sukar utk d hasilkn..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih, Ros atas perkongsian ilmu ni.. Memang banyak rahsia yang kita tidak tahu. Tapi, ada juga yang memang tak mahu ambik tahu dan yang dah tahu tapi buat2 tak tahu.. Moga Allah sentiasa bukakan pintu hati untuk kita menambah ilmu dan beramal dengannya..

    ReplyDelete
  9. wahh...baguslah perkongsian akak kali ni...banyak nilai pengajaran nya...untuk diingati oleh semua... :)

    ReplyDelete
  10. betul ros,,perkongsian yg sungguh bermakna,

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang menarik...terima kasih kak ros..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails