Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, March 13, 2012

‘Saya nak bersama dia’....

Salam,
Ni la dia cerita sebenarnya apa yang telah berlaku kat makcik ngan anak dia nih... Syukur Alhamdulillah lah....., takdak niat langsung di hati anak dia nak tinggalkan maknya .....Tu lah kan...,sebelum ni kak Ros dok terpikir jugak apa masaalahnya anak mak cik ni sampai dia terpaksa buat macam tu kat mak dia.....Apa pun hari ni dah terjawab.....

Jangan lah sesekali kita dok buat andaian mengenai satu2 cerita ni tanpa kita tau kisah yang sebenar benarnya.....

Macam Kak Ros kata lah sebelum ni,walaumacam mana betoi pun tindakan anak dia ni,walau macam mana yang terbaik dah dia buat kat mak dia ni........cuma masaalahnya sebelum ni hanyalah hati seorang ibu yang tak boleh nak berjauhan ngan anak dia itu saja lah.........

Kak Ros bangga ngan anak dia ni....berani tampil untuk perbetoikan semua tanggapan orang kat dia......Apa pun jagalah ibu sebaik baiknya sementara dia masih ada......

Oleh Gaddafi Musli, Yusmizal Dolah Aling dan Fairus Anuar
am@hmetro.com.m

BINCANG...(dari kiri) Noormah bersama Faridah dan Amir, semalam.

DARI HATI KE HATI...Amir terkaku mendengar luahan ibunya, Faridah yang ditemui kali pertama selepas mereka terpisah 10 hari.

KUALA LUMPUR: “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.

Dalam pertemuan penuh sayu itu, kedua-dua mereka dilihat tidak berenggang dengan sesekali anaknya, Amir Mohd Omar, 27, menyeka air mata di pipi ibu berusia 66 tahun itu sambil menerangkan dia tidak meninggalkan ibunya sendirian, tetapi terpaksa berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Menafikan anaknya sengaja berbuat demikian, Faridah berkali-kali menyatakan yang dia tahu anaknya mengalami masalah kesihatan dan dia sendiri bersetuju untuk dibawa ke sebuah hotel berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memudahkan mereka berdua menerima rawatan.

“Dia ada beritahu saya yang dia nak ke hospital, jadi lebih elok saya ikut dia ke sana kerana takut tinggal berseorangan di rumah di Wangsa Maju kerana baru-baru ini ada kes pergaduhan di situ.

“Cumanya, saya tidak tahu ke mana dia pergi selepas tiga hari tak muncul, tapi dia ada tinggalkan sedikit wang untuk membeli makanan. Hari ini baru dapat jumpa,” katanya ketika ditemui semalam.

Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif Harian Metro dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diketuai pengarahnya, Noormah Abd Rauf.

Sebelum itu, Amir hadir ke pejabat JKM WPKL di sini untuk memberi penjelasan kepada Noormah berhubung tindakannya meninggalkan ibu itu bersendirian sehingga membawa kepada laporan polis yang dibuat penyelia hotel itu pada 8 Februari lalu. Selepas itu, dia di bawa ke Pusat Sehenti Bina Diri di Sungai Buloh untuk bertemu ibunya dan berbincang mengenai kewajaran untuk mengambil semula wanita berkenaan tinggal bersamanya dalam waktu terdekat.

Sebaik melihat kelibat anak tunggalnya itu, Faridah tidak henti-henti menangis dan terpaksa ditenangkan Noormah seketika sebelum perbincangan lanjut mengenai status terkini dirinya.

“Saya hendak tinggal dengan dia kerana dia anak saya. Kalau dapat nanti, saya ingin mengajar al-Quran seperti di kampung sebelum ini. “Saya baca artikel mengenai diri saya, tapi saya tahu anak saya buat yang terbaik untuk saya. Mungkin lebih baik di hotel berbanding di rumah kerana saya tinggal seorang, di hotel orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata, dia bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu ibunya dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk JKM yang membantu menjaganya sepanjang tempoh itu.

Katanya, ketika ini, fokusnya hanyalah untuk mencari pekerjaan baru selepas berhenti sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara petang kelmarin.


16 comments:

  1. sedih sgt baca kisah ni..apa y berlaku dlm hidup dia kt xtau..kdg2 kt hnya buat andaian mcm2 drp cerita y kt tak tau lg kisahnya ..

    ReplyDelete
  2. Tula..yg penting kena siasat dulu naa...bagus jugak HM tolong.... ^_^

    p/s : dia anak yg baik...inshaAllah..

    ReplyDelete
  3. bagusnya anaknya mengaku dan menceritakan apa yg berlaku.. inilah yg dikatakan berani kerana benar.. takut krn salah..

    ReplyDelete
  4. sedihnye..tp as a women la..kite ni cepat tersentuh apatah berkaitan perihal ibu..ape pun sy syg ibu sy....

    ReplyDelete
  5. Begitu kisahnya.. Setelah banyak andaian dan tuduhan, barulah tahu kisah sebenar..

    ReplyDelete
  6. Salam Amie,

    Ibu mana yang tak sedih kalau berpisah ngan anak dia kan Amie.....

    ReplyDelete
  7. Salam LYAfrina,

    Betoi tu LYAfrina....kita bukannya tau apa masaalah orang....tak baik kan kalau dia dihukum tanpa usul periksa.....

    ReplyDelete
  8. Salam Ckin,

    EEEmmm...betoi tu Ckin....apa pun mesti kena siasat dulu....baru lah dihukum kan....

    Semoga Allah membantunya....

    ReplyDelete
  9. Salam Masha,

    Ya inilah yang kita dok harap2kan semoga dia dapat tampil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya....supaya orang ramai tak akan menuduh dia yang bukan2....

    ReplyDelete
  10. Salam Rieda,

    Ya Rieda..alhamdulillah..sayangilah ibu sementara dia masih ada....

    ReplyDelete
  11. Salam Norsalmi,

    Ya Norsalmi...inilah apa yang terjadi sebenarnya....

    Harap tu, semua orang dah tau lah ya kisah yang sebenarnya....

    ReplyDelete
  12. seperti yg dikatakan sebelum ni,kite cuma yang memerhati dari jauh tak tau detail apa yang berlaku sebenarnya,jangan la buat kesimpulan tanpa usul periksa...

    kesian anak tu nanti dipikir derhaka...

    apa-apa pun,syukurlah.ada juga happy ending dalam surat khabar ehh? hehe

    ReplyDelete
  13. alhmdulillah. baguslah dia dh bg keterangan... risau kan kdg2 dia dok tinggalkan mak dia.. kesian

    ReplyDelete
  14. Hi Mr.Clive,

    Apa pun ceritanya ...kalau kita dah buat silap tu... mestilah dan wajiblah di perbetoikan....barulah dikatakan setailo kan Mr.Clive...he.he.he (pinjam sat ayat setailo tu.....)

    Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup 2 beranak ni....

    ReplyDelete
  15. Salam Cik Pipi Tembam,

    Betoi tu Cik Pipi Tembam....barulah orang ramai tak akan tuduh dia yang bukan2...Tu lah pentingnya penjelasan ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails