Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 29, 2012

Si tua berjoget sampai 5 pagi

Salam,
Ini lah masaalahnya yang dok terjadi macam2 dekat anak2 remaja kita hari ini.....Kalau dah orang tua dok asyik cari hiburan macam ni,memanglah anak2 akan terlepas pandang dari mata kita kan.......

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Shuhada Mansor
am@hmetro.com.my


ASYIK...pelanggan di kedai makan terbabit menari dangdut.

GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.

Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.


11 comments:

  1. astaghfirullah... sedihnya kakak bila usia dan melebihi 40 tahun masih tidak taubat...

    dimana salah-silapnya negara kita Ros? tepuk dada tanya iman kita semua.

    ReplyDelete
  2. aduhla... pmpuan je yg nampak ni kak...dhtu bertudung laktu... aduhla

    ReplyDelete
  3. adoii..dah tua2 tak sedo diri weyyy...

    ReplyDelete
  4. dah tua2 pun berdangdut lagi huhuhu orang tua tak sendiri..

    ReplyDelete
  5. bagaimana nnt mahu menegur anak2 bila diri sendiri yg bagaikan kubur memanggil dan rumah menyuruh pergi pun masih lagi hebat mencari hiburan dunia...

    ReplyDelete
  6. amboi2 org dah makin berumur ni ingat2 Allah. dia mengelinjang pulak.
    apa nak jadi

    ReplyDelete
  7. layannnn.... umur dah lanjut pun layan lagi...

    kita sama2x lah doakan supaya mereka mendapat hidayah kembali ke pangkal jalan.....

    ReplyDelete
  8. bila org tua pun dah mcm ni. apa lg yg muda kan... erm.. hiburan sana sini.. rasanya duk rumah tido lg bagus kan dari berjoget smp ke pagi ni...

    ReplyDelete
  9. bak kata pepatah melayu, rumah kata pergi kubur kata mari...

    na'uzubillah..moga2 kita semua dijauhkan dari gejala mcm ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails