Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, March 7, 2012

Sisa Kilang Lynas Akan Dihantar Ke Luar Negara....

Salam,
Kat sini tak dak la pulak depa bagitau negara mana yang sudi nak terima sisa2 buangan dari kilang Lynas ni........Betoi ka...kilang ni dijamin keselamatannya kat rakyat Malaysia ni......?Haiiiihhhh.....macam2 la persoalan yang dok main kat kepala kak Ros ni............

SISA buangan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan ini akan dihantar ke luar negara apabila ia beroperasi kelak.

KUANTAN – Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn. Bhd. bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

“Walaupun kerajaan berpuas hati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyediakan kemudahan pelupusan tetap (PDF) jauh dari penempatan awam.

“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini semalam.

Sumber dari...

9 comments:

  1. Tp masih ngeri..on d way nk hantar tu, dari gebeng ke pelabuhan (khabarnya akan dibawa keluar dgn kapal laut), kot terbocor ke..

    Nk komen byk pun tak boleh..bkn pakar.

    ReplyDelete
  2. yg sy nampak,banyak benda yang org masih tak paham,diantara kedua dua belah pihak tentang Lynas ni

    ReplyDelete
  3. Risau dan ngeri jugak kalau terjadi apa2 yang tak diingini tapi kan kita tak boleh jugak masih di belakang saja di zaman yang cepat berubah dan semakin maju. Mintak2 tak de lah ungkapan oops, sori dan maaf.

    ReplyDelete
  4. Boleh percaya ke buang kat luar negara.... heee3x tapi setahu saya ni nanti last2x hantar kat Kitar Alam kat nilai tu agaknya.... sampai sana terus tanammm..... jadilah bukit2x....

    fungsi kitar alam ni ada kat entri saya :
    http://menara-kehidupan.blogspot.com/2011/09/pusat-pelupusan-sisa-buangan.html

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Insya Allah x ada apa2 yang terjadi...

    ReplyDelete
  6. Betul ke ni, atau nak sedapkan hati rakyat.Kalu betul bagus la sebab peka dan memahami hak rakyat,tapi negara mana yang nak,timbul juga persoalan....apa2 pun tahniah la

    ReplyDelete
  7. salam kak ros.. mintak2 semuannya ok lah kan..

    ReplyDelete
  8. adoi... kuantan tu hometown saya..!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails