Sahabat adalah perisai diri

Saturday, March 10, 2012

‘Takkan tak sayang emak’

Salam,
Apa  masaalahnya anak makcik ni pun tak tau la kan......sampai dia terpaksa buat macam ni kat mak dia....Walau macam mana sayangnya dia kat mak dia pun.....walau macam mana dia rasa amat betoi dah tindakan dia ni untuk mak dia.........tetapi....hati seorang ibu ni tetap akan rasa terkilan,sedih,kecewa dan kecik hati yang teramat sangat pasai anak dia tak mai jenguk dia........Mungkin ibunya tak tau apa masaalah anaknya ni kan........

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my


BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.

 PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.

KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.

“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu.

“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.

Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.

10 comments:

  1. mungkin ada sebab anak dia buat begitu. masalah kewangan barangkali kan? jannah think positif. hee ;)

    ReplyDelete
  2. kita ni yang tak paham sgt apa yang berlaku disebaliknya jangan la buat andaian melulu...mungkin ade sebab yang kukuh kenapa si anak tu berbuat begitu...

    ReplyDelete
  3. Dari awal saya membaca cerita ini...saya tahu isi hati anaknya...tak mungkin dia bersikap kejam pada ibunya sebab dia sudah bersusah payah membawa ibunya dari Johor ke KL. Niat dia baik mungkin keadaan dirinya membuatkan dia buntu...saya faham isi hati Amir dan masyarakat tidak perlu mengutuknya...bantulah dia...dia perlukan sokongan...hati naluri saya berkata Amir budak yang baik cuma keadaan sahaja membuat dia tertekan....Persoalanya mana ibu dan bapa saudara Amir????? tak kan tak ada yang boleh membantu???

    ReplyDelete
  4. Rasanya tak adil kalau kita buat andaian berdasarkan cerita sebelah pihak... tentu ada sebab tertentu yang kita tidak tahu...kasihan!

    ReplyDelete
  5. ada betol.. mungkin ada sebab tersendiri.. tapi ada baiknya bincang dengan saudara mara ataupun hantar terus ke rumah orang tua.. buatnya mak dia meninggal sorang2 dalam bilik hotel tu, apa nak kata kan..

    ReplyDelete
  6. uni cian dua2.. cian mak, cian anak..

    kalo anak dia x syg,,mesti dia biar je mak dia...

    baik kita pk positif k..kita x hadapi pe yg dia hadapi..

    ReplyDelete
  7. kita org luar..tak tahu apa sebenarnya yang berlaku...
    apepun doakan yang terbaik buat dua beranak ini

    ReplyDelete
  8. Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Mmg sedih tgk mkcik ni....cm nk tau jgk apa mslh ank dia tuuu...adakah dia dpengaruhi sesiapa smasa buat tindakan ni... Entahlaaa...

    |MyKomuter Review - Tren baru KTMB|

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails