Sahabat adalah perisai diri

Monday, March 26, 2012

TERKINI: Rumah Mawi dimasuki Perompak...

Salam,
Ni la agaknya yang orang dok kata malang tak dan nak berbau nih...!!

Simpati gak kak Ros ngan si Mawi nih... ni masa dia... Lagipun besa la kan, bila gula dah banyak ni... semut memang suka sangat mengintainya...

Kena pakai pak guard bagi banyak la di rumah dia nie...





*********************

Rumah Dimasuki Perompak, Mawi Dipercayai Diikat


Mawi bersama isternya Ekin.

Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumahnya di Bangi dekat sini dimasuki perompak awal pagi Isnin.

Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.

Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba dari rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.

“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.

“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui kisah sebenarnya kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Pada 28 Februari lalu pasangan artis tersebut menerima cahaya mata pertama mereka iaitu Cahaya Malaika. - mStar

22 comments:

  1. kesiannya... pencuri ni memang dia tak kira background sapa rumah yg dia nak curi tu... nampak luaran rumah macam mewah sikit habis dia sebat...

    ReplyDelete
  2. mmg melampau lah perompak nih... pandai je nk aim artis2 kite....
    nsb lah anak n isteri tak di apa2kan...

    cubelah cari keje lain dr merompak... mmg tak takut hukuman betul lah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, yg penting keluarganya selamat tidak diapa-apakan. harta benda yg hilang boleh diganti...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    yang penting anak keciknya tak di apa2kan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semuanya selamat.. tapi banyaknya simpan $ cash!

    ReplyDelete
  6. Kesiannya... nasib baik keluarga semua selamat kan...

    ReplyDelete
  7. risau betul skrg ni..

    Alhamdulillah semua selamat..rasanya mak mawi ni dah dua kali mengalami kes mcm ni..kesian,mesti trauma dia.


    kaya pun susah..kan ada mata2 jahat sedang memerhati.

    ReplyDelete
  8. kesian mereka. dugaan kecil yg Allah bagi. alhamdulillah semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  9. kesian dia.. ada rahmat tu insyA..

    ReplyDelete
  10. perompak ni betul2 mnyusahkan... byk lagi keje halal... ish2.. nasib baik baby takde apa2 kan

    ReplyDelete
  11. orang hidup senang ni belum tentu hati pun tenang..

    ReplyDelete
  12. ohhh...sekarang ni sesi merompak rumah artis eh??? hari tu wardina.. iosh3...

    ReplyDelete
  13. mujur semua selamat... itu lbh pting...

    ReplyDelete
  14. dugaan dia.. huu kena lebih berhati2 la lepas ni.. perompak ada di mana2..

    ReplyDelete
  15. haihh...pencuri2...pandai pilih rumah. >_<

    ReplyDelete
  16. js baru je tengok tv tadi...tetiba jadi scary...

    **js pun pernah fobia pasal ni nasib baik mrk tak smpt msk sbb kami tersedar dulu..Allah msih melindungi kami time tu...kalau tak tahu la camne..

    ReplyDelete
  17. ehem..betul tu ros..malang tak berbau, semuga mawi & keluarga tabah menghadapi ujian dr Allah..

    ReplyDelete
  18. Kak Zai tengok kat tv,alhamdulillah tak ada yang cedera.

    ReplyDelete
  19. syukur tak de apa2 kecerderaan..hope derang tabah..

    ReplyDelete
  20. biar duit hilang, asal nyawa tak melayang..

    alhandulillah masih selamat..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah mereka tidak diapa-apakan.

    Tak aperlah harga benda boleh dicari, nyawa tiada galang ganti.

    Sekarang ni jadi takut dengar kisah-kisah rompak menrompak dan jenayah yang berleluasa di negara kita.

    ReplyDelete
  22. Kesian Mawi & Ekin tapi Alhamdulillah keluarga mereka selamat..

    sekarang ni duduk dalam rumahpun belum tentu selamat..

    sentiasa berdoa moga dilindungiNya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails