Sahabat adalah perisai diri

Saturday, March 17, 2012

Wanita hamil maut ditikam di rumah

Salam,
Apa pun kalau kita tak dak kesabaran ini lah yang jadinya......

                                         
Gambar ehsan myMetro

KUALA LUMPUR — Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan serta luka di tangan dipercayai dibunuh suaminya di ruang tamu rumah di Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 6.41 petang itu, wanita berusia 28 tahun berkenaan ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat daripada kesan tikaman.

"Mangsa yang merupakan seorang pekerja swasta yang tinggal di pangsapuri berkenaan dalam tiga ke empat bulan lepas telah dibunuh di dalam rumah itu dan polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh suami mangsa.

"Ketika polis tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 42 tahun iaitu suami mangsa berada berhampiran tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya siasatan awal polis menemui sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Mohan berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian bagaimanapun tidak menolak ia berpunca daripada perselisihan faham suami isteri.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat dan suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

11 comments:

  1. al-fatihah buat arwah.. smoga rohnya dicucuri rahmat..amin

    sedihnya.... manusia sekarang mkin menjadi-jadi..baru2 ni dikejutkan kes arwah dirang.. sekarang ada lagi berlaku kes kejam...

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihi raaajiuuunnn.... macam2lah ceritanya.

    ReplyDelete
  3. ya Allah apa nak jadi dunia sekarang ni. kalau iman tak kukuh di dada, inilah jadinya

    ReplyDelete
  4. al-fatihah... sekarang ni nyawa dah mcm x bernilai... hurmmmm

    ReplyDelete
  5. kenapa la akhir2 ini ada rakyat malaysia jd mcm ni.Agama tanpa iman begini la jadinya.Sikap panas baran ni patut dirawat.

    ReplyDelete
  6. senang senag je bunuh orang, macam tak ada akal fikiran yg waras dah

    ReplyDelete
  7. yuppp sikap mudah naik angin makin teruk kat mesia ni sbb tensyen masalah duit la biasanya..keja teruk2 duit gaji x pernah cukup hg brg terus naik plak..isteri ngomel...

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah buat arwah...kesiankan...

    ReplyDelete
  9. innalilllahwainnailaihirajiun..

    sedihnyaa..kesiannya baby dlm perut..

    al fatihah..

    ReplyDelete
  10. Sedihnya, mati ditangan suami sendiri, iaitu orang yang sepatutnya melindungi si isteri.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails