Sahabat adalah perisai diri

Monday, April 9, 2012

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

Assalamualaikum,
Semoga kita semua dijauhkan daripada 10 golongan ini.....Sama2lah kita semua memperbaiki diri kearah kebaikkan supaya kita tak akan dihalau semasa di padang Mahsyar nanti..........

Hiasan

1.
Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10.
Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Sumber


14 comments:

  1. Masya-allah moga kita tidak tergolong dari yg 10 itu semua...

    ReplyDelete
  2. adakah kita tergolong dlm slh 1 ciri2 itu?

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang disebutkan di atas.

    ReplyDelete
  4. MOGA KT DIJAUHAKAN DRP GOLONGAN ITU..AMIN..AMIN

    ReplyDelete
  5. nauzubillah kak ros..mintak allah sentiasa dekat ngan kita n kita tak leka ngan suruhannya.masyaallah

    ReplyDelete
  6. hukuman untuk orang yang ajak sokong pemimpin zalim pun ada. takde link sumber ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails