Sahabat adalah perisai diri

Monday, April 2, 2012

Azza (Elite) & Azlan Bina Rumah Tangga

Salam,
Tahniah la ya buat pasangan pengantin nih...Azah dan jugak Azlan semoga bekekalan lah depa ni hingga ke hujung nyawa......

Oleh NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

                     
Sama cantik sama padan, pasangan pengantin baru Azza (Elite) dan Azlan pada majlis pernikahan mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang, petang Ahad. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS

AMPANG: Suami kepada Azza (Elite) iaitu Azlan Zulaily tidak menganggap perbezaan umur sembilan tahun antara mereka sebagai halangan untuk membina rumah tangga.

Azlan,25, berkata, dia sendiri tidak pernah mengira usia isterinya itu sebaliknya menerima wanita berkenaan kerana sifatnya.

"Azza seorang yang suka berterus terang. Yang penting dia seorang yang kelakar. Itu yang menyebabkan saya menyukainya," katanya kepada mStar Online selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.

Pada majlis itu pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas sebelas oleh pihak perempuan.

Jarak usia sembilan tahun tidak menghalang Azza dan Azlan bersatu sebagai suami isteri.

Wang hantaran sebanyak RM10 ribu.

Azlan yang merupakan pramugara AirAsia menambah selepas diijabkabulkan perasaan berdebarnya hilang dan mula berfikir untuk menjadi suami yang sempurna terhadap Azza.

Sementara itu Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, berkata masih belum memikirkan lokasi berbulan madu.

Mengenai soal anak, kedua-dua mereka menyerahkan kepada Allah dan tidak berhasrat untuk merancang.

Antara artis yang hadir pada majlis nikah mereka seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetaplkan lagi.

Majlis diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti pelakon Rozita Che Wan (kiri), Watie Sadali (tengah, berselendang putih) dan Mak Jah.

Azza sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka tidak mendapat cahayamata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.





14 comments:

  1. moga brkekalan hendaknya..aminnnn..:))

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dan semoga bahagia selamanya dan berkekalan hga akhir hayat

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dan semoga bahagia selamanya dan berkekalan hga akhir hayat

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dan semoga bahagia selamanya dan berkekalan hga akhir hayat

    ReplyDelete
  5. akhirnya azza bertemu jodoh...tahniah...semoga kekal ke anak cucu...

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Azza & suami...semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  7. Tahniah moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin

    ReplyDelete
  8. segala nya akan ditanggung oleh c suami..=)

    jom tambah ilmu sikit=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/04/kalau-lah-kita-faham.html

    ReplyDelete
  9. Tahniah Azza.. Semoga kekal hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  10. moga mereka kekal bahagia buat selamanya
    insyaallah

    ReplyDelete
  11. Moga bahagia sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  12. tgk pic rcw tu.. igtkn dia pon bnikah...

    smoga jodoh kali ni bkekalan hingga ke kahir hayat amin

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails