Sahabat adalah perisai diri

Thursday, April 5, 2012

Bencana Dari Allah:Treler melayang dipukul puting beliung (video)

Assalamualaikum,
Kuasa Allah memang tak dak tandingannya...Ngeri sungguh Kak Ros tengok puting beliung ni..Sekali dia lalu saja habis semuanya musnah...

SEBUAH treler (dalam bulatan) melayang semasa puting beliung melanda bandar Dallas-Fort Worth, Texas kelmarin.









DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler melayang semasa puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di negeri Texas kelmarin.

Dua buah bandar di Texas, Arlington dan Lancaster diisytihar zon bencana selepas puting beliung berkembar serta ribut menyebabkan 300 buah rumah di kawasan berkenaan rosak teruk.
Banyak kediaman yang berada dalam laluan ribut berkenaan ranap manakala sejumlah trak dan kereta turut terbalik ditiup angin kencang.

"Saya tidak pernah melihat dua puting beliung melanda dua kawasan metropolitan secara serentak seperti ini," kata seorang pakar meteorologi, Henry Margusity.

Seorang lelaki yang merakamkan gambar satu puting beliung berkenaan di utara Texas, Brandy Kemps memberitahu saluran berita ABC News; "Serpihan berterbangan merata-rata di depan mata saya termasuk debu, batu dan batang kayu.

"Puting beliung itu menuju ke arah kami dan ia kemudian hilang dari arah belakang bangunan apartmen tempat saya tinggal," katanya.

Lebih 12 orang cedera tetapi tiada laporan kemalangan jiwa berlaku dalam bencana tersebut setakat ini. - Agensi


17 comments:

  1. as-salam kak ros..

    ya allah..mmg takut... bygkan btapa kuatnya puting beliung tu,smpai treler sebesar tu pon blh melayang...inilah kuasa allah swt..tiada apa dpt mghalang

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah... begitulah hebatnya kekuasaan Allah. Muhasabah diri kita bahawa amat nyata dunia kita telah terlalu uzur...

    ReplyDelete
  3. ngr uncle sam tu byk kali dtimpa bncana puting bliung kan

    ReplyDelete
  4. Salam selamat pagi :) betul tu kuasaNya mmg paling terhebat.. ngeri kan, mintak2 n doa2 semoga dijauhi dr malapetaka2 mcm ni insyaAllah!

    ReplyDelete
  5. kalau da smpi hr kiamat nnt entah mcm mn agk nyer..x terjangkau dek fikiran!

    ReplyDelete
  6. Masya Allah.. tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah SWT...

    ReplyDelete
  7. memang dahsyat.... kalau tengok kat Discovery Channel pun dah ngeri...

    ReplyDelete
  8. Menginsafkan. Macam kete mainan je melayang. Kecilnya kita ni dari Allah Yang Maha Besar. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  9. sgt ngeri...harap kite sentiasa mendapat keredhaan darinya//..

    ReplyDelete
  10. subhanallah . mintak dijauhkan ..

    ReplyDelete
  11. Allah hu...Allah..
    memang mengerikan..

    ReplyDelete
  12. Nauzubillah
    semoga kita dijauhkan dari bala bencana

    ReplyDelete
  13. berulang kali tengok video tu...mmng mnakutkan....

    ReplyDelete
  14. tgk gambar pun dah takut....nak tengok video xlepas....mmg dasyat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails