Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, April 25, 2012

Bukan mudah menjadi suami...

Assalamualaikum,
Buat semua lelaki terutama sekali yang dah bergelar suami dah tu,Bukannya mudah nak mendirikan rumahtangga ni...nak kahwin tu senang lah tapi nak pelihara perkahwinan tu yang susahnya kan......


Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,
Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,
Memberi makan isteri dan anak-anak dari jalan yang halal,
Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,
Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,
Jangan bermimpi beristeri banyak,
Jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
Apalagi di tambah dengan dua atau tiga,

Begitulah sang suami..

Fahamilah tanggungjawab anda, Wahai para Suami dan Calon Suami yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita, yang menjadi isteri anda.

Fahamilah amanah anda, yang diberikan oleh ALLAh kepada kita. Jagalah kami, para isteri dengan sebaik-baiknya.

“Ingatlah bahawa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya, dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.”


17 comments:

  1. TQVM for d ilmu pagi2 ni... Moga2 sang suami dapat memberi perhatian ya..

    ReplyDelete
  2. Barisan kata2 yang bisa menyedarkan kaum lelaki yang membacanye...semoga suami saya jugak dapat membacanye sekali. Tkasih...

    ReplyDelete
  3. bagus n3 ni..semoga semua para suami akan jadi yg sempurna untuk keluarganya......

    ReplyDelete
  4. sgt setuju kak...kalu cume nafsu yg difikirkan rumahtangga yg dibina tak akan sempurna

    ReplyDelete
  5. setuju sgt..
    harap2 para suami dan yg bakal menjadi suami dpt baca n3 ni..buat renungan dipagi hari..

    ReplyDelete
  6. Bukan saja pada suami, ibubapa sigadis juga kena ingat bahawa selepas akad nikah berlaku, segala beban ibubapa atas segala dosa anak gadisnya akan digalas oleh bahu suami anak gadis berkenaan. Bukan lagi pada ibubapa sigadis.

    Jadi berbaik2 dan hormatilah menantu lelaki sebagaimana ibubapa mahu menantu lelaki menghormati mereka sebagai ibubapa mertua.

    ReplyDelete
  7. brat tanggungjawab seorang lelaki..

    ReplyDelete
  8. betapa susahnya menjadi suami begitu juga jika menjadi isteri... sama2x susah untuk menjaga kerukunan rumahtangga...

    ReplyDelete
  9. Assalam, bagi membentuk rumah tangga bahagia, bukan satu pihak saja yang harus berkorban. Baik suami mahupun isteri, kita harus sepakat dalam mengemudi bahtera menuju destinasi yang diimpikan bersama. Suami/isteri mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia bersama pasangan tercinta, berkongsi susah senang dan sekali gus membesarkan cahaya mata tanpa sebarang masalah (sikit2 tu ..biasalah).

    ReplyDelete
  10. Sangat setuju tanggungjawab seorang lelaki yg bergelar suami dan ayah memang besar...sebelum nak kahwin pergi dulu masak2...nice entry...

    ReplyDelete
  11. nasihat yang saya sgt sgt appreciate... :) thanks Kak Ros!

    ReplyDelete
  12. assalam ros..berat tugas seorg suami ni kan,kalau dia seorg suami yg baik & bertanggung jawab..byk suami yg mengabaikan tanggungjawab mereka skrg ni..

    ReplyDelete
  13. bukan mudah juga untuk menjadi isteri.so dua dua kena bertanggungjawab.insyallah mendapat berkat ilahi asalkn kita jgn lupa DIA.

    *errrk.saya ckp mcm org dah kawen.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails