Sahabat adalah perisai diri

Saturday, April 28, 2012

Dikerkah 30 monyet...

Assalamualaikum,
Kalau tak dak masaaalah dengan anjing,dahhh...dengan monyet la pulak...memang bahaya sungguh binatang2 ni.....mungkin habitat depa dah di musnahkan kot,pasai tu lah depa dok berkeliaran dikawasan rumah orang.....

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my




LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.

ALOR GAJAH:
“Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.

“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


9 comments:

  1. Salah satu kesan pembangunan yang tidak terancang turut memusnahkan habitat haiwan, di kampung Amie pun penuh dengan sekumpulan monyet yang sejak sekian lama tidak mempunyai tempat tinggal kerana habitat asalnya sudah dimajukan.... Puncak Alam! Memang monyet-monyet itu masuk rumah orang, pandai buka almari makan, buka tin biskut dan macam-macam lagi! Hanya takiut pada sergahan orang lelaki tetapi sedikitpun tidak mengendahkan teriakan orang perempuan!

    ReplyDelete
  2. MashaAllah... tak sanggup nak bayangkan keadaan nenek tu semasa kejadiannya... Nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. kemalangan yang tak disangka dan diduga...
    moga nenek cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Salam, kesiannya, kat rumah mak kita pun kat belakang rumah byk betul monyet2, dah lah mmg tak takut dgn org langsung, lagi kita sergah lagi dia tgkkan kita, lama2 kita yg takut masuk dlm rumah kunci tingkap sume, mmg bahaya skrg dgn binatang2 mcm ni, moga nenek cepat sembuh sbb tindakan berani kerana nk selamatkan cucunya :-)

    ReplyDelete
  5. monyet2 ni memang bahaya.. kadang yang jinak dibela pun tak pasal2 boleh mengamuk, gigit orang..

    ReplyDelete
  6. salam akak ,kesian tengok..sy pon dah fobia dengan monyet..risau..nak2 yang liar..takut die menyerang..kena hati2..

    ReplyDelete
  7. monyet pun dah mengganas sekarang ni kan.. agaknye terikut sifat manusia yang makin kejam kot.. hmm.. tambah2 lak, darwin pun ngaku die sedarah ngan monyet tu.. =P so manusia jadi kejam.. monyet join jadi kejam sekali

    ReplyDelete
  8. kesian..macam2 kes da skrg nih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails