Sahabat adalah perisai diri

Friday, April 6, 2012

Ibu Merayu Tolong Hack Akaun Facebook Arwah Anaknya...

Assalamualaikum,
Kak Ros tak mau komen apa pun pasai N3 ni...Baca dan sama2lah kita memikirnya....Al Fatihah buat arwah.....


Antara kisah yang hangat di seantero Facebook ni mengenai seorang remaja bernama Nur Far***** yang telah meninggal dunia. Dikatakan ibu arwah telah bermimpi arwah merayu agar akaun Facebook'nya dapat ditutup kerana banyak gambar yang mendedahkan aurat di situ. Wallahualam.

Maka bermulalah misi rakan-rakan arwah mencari hacker yang boleh memecah masuk akaun arwah dan tolong tutupkan akaun tersebut.

Dua pengajaran di sini:
1. Jangan sengaja mendedahkan aurat anda di Facebook.
2. Jika berlaku kematian pada ahli keluarga atau sahabat anda, tak perlu susah payah cari hacker. Hubungi Facebook dan berikan bukti kematian kemudian mereka akan tolong padamkan. Ini link nya, https://www.facebook.com/help/contact_us.php?id=305593649477238

Apapun cara lebih mudah dan menjimatkan masa, berkongsilah password anda dengan insan yang boleh dipercayai. Gunakanlah kemudahan Facebook ini untuk sesuatu yang lebih perlu.

P/s: Kami tidak akan berkongsi nama dan link ke profile arwah. Diminta agar para komenter tidak memanjang-manjangkan link atau nama arwah lagi.

Sumber 


14 comments:

  1. moral of the story, bkn kt FB je kt mn2 pon jgn upload pic yg boleh mendatangkn dosa...

    ReplyDelete
  2. semoga jd kan pengajaran....
    juga peringatan utk diri dana sndiri...

    ReplyDelete
  3. setuju sangat dgn comment khairin anies..selalu beringat, insya-Allah

    ReplyDelete
  4. oo semalam ada tgk jugak fb dia ni. ada kwn bgtau. pengajarannya, kita ni berwaspadalah kalau nak letak gambar. huhu

    ReplyDelete
  5. pengajaran buat saya juga

    Al-fatihah.... buat arwah

    ReplyDelete
  6. oooo... al-fatihah untuknya, moga keinginannya dapat dilaksanakan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. ambil ikhtibar dr apa yg berlaku...
    takut jugak yea kalau2 menda nie jd kt keluarga kita....
    kena saling-ingat-mengingati@tegur-menegur antara saudara2 perempuan kita....supaya berhati2 sebelum mengupload sesuatu gambar.....

    ReplyDelete
  8. al-fatihah utk arwah... smg dosanya diampunkan...

    ReplyDelete
  9. boleh padam akaun FB ni... tapi kena tahu paswordnya... kalau tak tahu tu yg payah tu...

    ReplyDelete
  10. Semoga semuanya selesai dengan baik dan segera.

    Al Fatihah untuk roh arwah.

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah..semuga skrg ni akaunnya dah dibatalkan..ehem..mama tuliskan kat buku catitan password FB mama..he2x..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah...
    Hanya itu yang mampu diungkapkan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails