Sahabat adalah perisai diri

Monday, April 23, 2012

Maut akibat bisikan misteri

Assalamualaikum,
Sebelum ni kak Ros dengar gangguan dari bisikkan iblis ni dia akan mencederakan orang lain...tapi kali ni dia mencederakan dirinya sendiri pulak....yang Kak Ros herankan kejadian bisikan syaitan ni hanya berlaku kat orang2 islam ja......
Apa pun sentiasa beringatlah pada Allah walau dimanapun kita berada ya.......

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

8 comments:

  1. innalillah...

    stiap org pon kna slalu doa byk2..moga dijauhkan dpd gguan mcm ni...

    spatotnya bila kd cmni kna tros jmp psikatri,,,n ustaz..

    ReplyDelete
  2. tak sempat pula dia diubati..

    ReplyDelete
  3. semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum, Kita hanya mampu buat andaian, berhati-hatilah. Segalanya hanya AllahSWT saja yg maha mengetahui!
    Bisikan2 macam ni, suma bangsa tak kira apa pegangan, biasa harunginya. Namun sebagai Muslim, cukup hanya sekadar AlFatihah! Namun, bukan setakat baca....amalkanlah! Wallahualam.

    Ada laporan yg kata, klinik kasi ubat telinga pd Allahyarhamah utk tahan bisikan. Apa nama ubat tu...doctor?

    ReplyDelete
  5. hmm...interesting news.membuatkan terpikir sejenak...

    ReplyDelete
  6. inalillah... al fatihah utk arwah fatimah...

    sepatutnya ada pensyarah yg amik tau dan rujuk arwah ke pakar

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails