Sahabat adalah perisai diri

Friday, April 20, 2012

Parah dibaham anjing jiran...

Assalamualaikum,
Malang dan kesian sungguh kak Ros tengok budak ni...bayangkanlah bertapa sakitnya kalau dah cedera sampai macam ni..Dia diserang bukannya dengan anjing liar tapi anjing peliharaan...,Kat tempat kita ni pun apa kurangnya,banyak orang dah yang kena serang dengan anjing peliharaan ni....Bagi Kak Ros la,kalau dah bela tu kenalah ikat atau pun kurung,pasai anjing ni spisis binatang yang ganas dan boleh membunuh orang...

Dekat kawasan rumah Kak Ros ni pun banyak jugak la yang dok bela anjing ni...yang kak Ros geramnya depa  bela, tapi tak peduli langsung dengan orang yang dok ada di sekeliling depa....lepas ikut suka ja...kadang2 tu orang yang menunggang motor atau basikal selalu ja kena kejar dengan anjing2 depa ni....dah 2 kali dah penunggang motor jatuh kat depan rumah kak Ros,yang satu tu cedera ringan ja,dan yang satu lagi tu patah kaki....Bila kita p buat aduan,depa tambat la sat...lepas tu depa lepas balik iiiissshhhhhhh geram
sungguh la Kak Ros bila dengar dan baca berita macam ni.....

KEADAAN Erfan selepas dibaham anjing. Gambar kecil, anjing yang menyerang Erfan.

CARDIFF: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengerang kesakitan sejurus selepas dibaham seekor anjing bernama Tyson, semalam.

Erfan Ali dikejarkan ke hospital selepas dibaham anjing berkenaan yang melompat pagar setinggi 1.3 meter untuk memasuki perkarangan rumahnya di Cardiff ketika kanak-kanak itu membantu ibunya, Monowara dan kakaknya, Masudah, mengangkat kain jemuran.

Monowara, 37, lari bersama-sama anaknya ke dalam rumah tetapi gagal menyekat anjing itu daripada memasuki dapur dan meneruskan serangan.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback itu membaham kedua-dua pipi dan tangan kirinya.
Pemilik haiwan itu, Kevin Large, 27, bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
Anjing itu kemudian ditembak mati.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback terkenal kerana keberaniannya dan pernah digunakan untuk memburu singa di Afrika.

Seorang hakim memberitahu Large, dia boleh dipenjarakan atas kesalahan gagal mengawal haiwan peliharaannya itu.

Hukuman akan dibacakan pada perbicaraan bulan depan.
Sehubungan itu, Erfan sudah menjalani beberapa pembedahan plastik.

Bapanya, Dilwar berkata: “Parut akibat serangan itu bukan saja berbentuk fizikal. Erfan sentiasa menangis sebelah malam dan tidak mahu tidur bersendirian. Dia kini begitu takut dengan anjing.” - Agensi


39 comments:

  1. Tempat perumahan kakak baru 2 minggu lepas kalau tak silap pihak bandaraya dtg tangkap semua anjing-anjing liar siap kena tembak Ros. Kakak tengok tak sampai hati tapi itulah kami tak puas hati sebab anjing liar tu kejar budak balik ngaji/balik sekolah/main basikal tak senang. Kami buat aduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie,

      Yang liar tu kot la kita kata tak dak tuan,yang kak Ros geram sangat ni yang ada tuan tu tapi dok biar ja merayau,kalau dah tak mampu nak bela jangan lah dok bela buat menyusahkan orang ja kan kakzakie...

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum Yui,

      Kita yang dewasa ni pun tak tahan kalau cedera sampai macam tu kan,nikan pulak budak yang kecik.....

      Delete
  3. salam kak ros..
    situasi yg sama berlaku kat taman saya ni..w/p dlm beberapa bulan ada pihak berwajib dtg tangkap anjing2 liar ni..tp masih byk lg yg berkeliaran..bak kata kak ros yg lbh menyakitkan hati ni anjing2 yg dibela tp dibiarkan je mengganggu org lain..sampai budak2 nak g mengaji pun takut nek basikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ieja,

      Waalaikumsalam....Betoi tu ieja..memang mengganggu lah....kak Ros nak keluar jalan2 kot kawasan rumah ni pun tak berani...nampaknya macam kawasan ni depa lah yang punya.....Anjing ni kalau dengan tuanya dia ok ja,tapi kalau orang lain,kalau dia tak kejar pun mesti dia menyalak,macam kita ni orang jahat pulak....

      Delete
  4. Dulu kawasan perumahan kak ani pun banyak juga anjing. Tak taulah anjing liar atau orang pelihara.

    Sekarang ni dah tak nampak lagi, mungkin MBSA dah ambik tindakan. Memang ngeri kalau bayangkan kena terkam dek anjing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kunang-kunang,

      Dekat kawasan rumah kak Ros ni sentiasanya ada,mai dari mana pun tak tau lah,campur dengan yang dok bela pulak tu lagi lah banyaknya....

      Kalau mai tangkap pun sat saja anjing ni tak dak...lepas tu depa ada balik....

      Delete
  5. Kesian budak ni. Mimpi buruk sepjg hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nieda,

      Betoi tu Nieda...mak kak Ros pun besa kena gigit dengan anjing ni....dia fobia tengok anjing sampai lah la ni....

      Delete
  6. ya Allah....kesiannya budak ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya...mesti phobia dengan anjing.

      Delete
    2. Assalamualaikum MP,

      EEEmmmm.....kecik2 lagi dah menanggung kesakitan yang macam tu.....

      Delete
    3. Assalamualaikum Zaitun,

      Betoi tu Zaitun...tengok saja lah macam mana teruk kecederaannya tu....

      Delete
  7. tempat saya byk anjing..bila buang sampah elok2..diorg sepahkan..

    anjing kurap ni..

    mmg dia juga mahkluk Allah.

    tapi ke takutan,kegelian.tak boleh nak tolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cinnamon,

      Tu selalunya kerja anjing liar lah tu...kak Ros pun kalau nak buang sampah selalunya tunggu masa hari lori sampai mai....

      Delete
  8. kesian budak ni..mudah-mudahan cepat sembuh tanpa sebarang komplikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cinnamon..Kak Ros pun harap macam tu jugak lah ....

      Delete
  9. Salam sis!

    Pihak berkuasa ni pun satu hal! Undang2 pun satu hal! Apesal anjin pemangsa, boleh? Harimau takleh? Klu dia lepas aukk aukk! Kita lepas aumm aumm! Kemudian, kita tgk dia nak bela apa..? Gajah?

    Kita bela...KING KONG! Dia guna tomahakk, kita guna nuklear! Senang! Dgn kita2...mampuih!

    Benda2 camni takleh selesai, selagi dok guna undang2 ciptaan manusia sendiri! Macam kata ostat Azhar Idrus...tak salah tak berenti lampu merah! Langgaq tiang lampu tu...baru salah! Uhuk uhuk...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Bujang,

      Kak Ros pun heran jugak macam mana boleh ada undang2 izinkan bela binatang yang ganas ni kat rumah orang...Banyak sangat dah trajedi yang macam ni Kak Ros dengar,tapi masih lagi boleh dok bela binatang ni sebagai binatang peliharaan...Undang2 yang macam mana depa buat pun tak tau lah.....

      Hang agak2 la nak bagi cadangan pun he.he.he....depa boleh paham ka bujang he.he.he.....

      Delete
  10. Replies
    1. Assalamualaikum CaDLyNN,

      EEEmmm....memang kesian...kecik lagi dah menanggung rasa sakit yang macam tu kan ....

      Delete
  11. kesian yer dia..aduhhh kalu sy...xtau la... ttu erfan pasni jd fobia dgn anjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum KhaiRin,

      Betoi tu Anies....akan jadi satu masaalah dalam hidupnya nanti kan Anies,mesti dia akan rasa takut yang amat sangat dengan binatang ni...

      Delete
  12. memang bahaya anjing liar niii.... naya kat budak2x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kazman,

      Betoi tu Kazman.....yang dok bela tu pun bahaya jugak...kita tak tau masa mana dia akan menyerang mangsa,tu yang kak Ros takut sangat tu Kazman....

      Delete
  13. Replies
    1. Assalamualaikum Lya,

      Kesian kan Lya.....

      Delete
  14. tak bagi makan kot anjig2 tu...tu pasai la jd lagu tu, kami kat sini risau dengan monyet liar !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum PCL,

      Kalau dah tak boleh nak bagi makan ,jangan dok bela kan PCL...Monyet ni pun salah satu spisis yang merbahaya jugak tu...Kak Ros memang takut sangat dengan binatang2 ni....

      Delete
  15. Replies
    1. Assalamualaikum ella,

      Eeeemmm....berapa banyak lagi yang nak jadi mangsa binatang ni pun tak tau lah kan ella....

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. kesian bdk 2....tuan anjing lak xpsal kna dakwa...anjing baka agresif kot ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Aishah,

      Tu la Aishah....kalau dah tau anjing tu jenis apa...mestilah kena jaga lebih ketat lagi kan....

      Delete
  18. Alahai, kesiannya...

    Jiran sebelah rumah akak, tiap2 hari anjing dia memekak. Pantang ada org lalu depan rumah, lori angkut sampah, lori gas, lori suratkhabar lama, motor jual roti, beca cari besi buruk, budak main basikal dll. Nak je lilit mulut anjing tu dgn selotape ketat-ketat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sudipVSsenduk,

      Betoi tu SudipVSsenduk....kalau dia menyalak tu memang sakit telinga sangat....kadang2 tu tak dak apa pun saja ja dok menyalak kan....

      Delete
  19. Replies
    1. Aasalamualaikum Bitt,

      Memang menakutkan,pasai binatang ni dia menyerang tanpa kita duga kan Bitt....

      Delete

Related Posts with Thumbnails