Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, April 24, 2012

Penyakit Misteri..

Assalamualaikum,
Kesian sungguh kak Ros tengok adik Noor Ashikin ni...tak tau lah apa punca penyakit yang dialaminya
ni..Harapan Kak Ros semoga dia cepat sembuh.....

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
SAKIT...Suraya menunjukkan kulit badan Noor Ashikin yang melepuh dan berdarah.

SUNGAI PETANI: “Saya sedih melihat keadaannya kerana setiap hari dia (Noor Ashikin) memohon kepada Tuhan agar ambil saja nyawanya kerana tidak tahan menanggung derita akibat kegatalan pada badannya yang dialami sejak Julai tahun lalu,” kata Suraya Maidin, 45, ibu kepada Noor Ashikin Mohd Irwan, 17, yang kulitnya melepuh dan berdarah tanpa diketahui puncanya.

Keadaan itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) di sini, tidak ke sekolah kerana sukar memakai pakaian berikutan kulit badannya tertanggal dan berdarah sehingga tidak mampu menahan kesakitan.

Suraya yang berniaga nasi lemak berkata, penyakit Noor Ashikin mula dikesan selepas dia mengadu gatal seluruh badan sepulang dari sekolah dan apabila membuka baju, mendapati seluruh kulit badannya menggelembung dan selepas itu pecah.

Menurutnya, sejak itu seluruh tubuh anaknya sentiasa berdarah dan Noor Ashikin tidak boleh terdedah kepada keadaan panas kerana kulitnya akan kembali menggelembung dan pecah serta berdarah menyebabkannya meraung kesakitan.

Noor Ashikin masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal bulan ini.

Suraya yang juga ibu tunggal dan tinggal di Flet Paya Nahu di sini berkata, sejak mengalami penyakit itu, Nor Ashikin sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan HSAH bagi menerima rawatan, tetapi doktor pakar gagal mengenal pasti penyakit anaknya.

“Sebelum ini, dia pernah dirawat selama sebulan di HSB dan rawatan susulan di HSAH selepas penyakitnya didapati berkurangan. Bagaimanapun, selepas seminggu keluar hospital, penyakit itu datang kembali menyebabkan anak saya dimasukkan semula ke hospital.

“Terbaru, 8 April lalu apabila dia dimasukkan ke HSAH akibat kulitnya tertanggal dan seluruh badannya berdarah.

“Dia kini masih dirawat di HSAH dan keadaannya semakin beransur pulih, tetapi beberapa bahagian tubuh yang tertutup seperti ketiak, pinggang dan kedua-dua paha masih berdarah.

“Saya sedih melihat keadaannya yang menanggung penderitaan. Tidurnya juga tidak lena kerana sakit, malah tempat tidurnya perlu dilapik dengan plastik bagi mengelak kulitnya yang tertanggal, melekat,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin, yang memohon sesiapa saja membantu mencari cara menyembuhkan penyakit anaknya itu.


17 comments:

  1. Masya-Allah.... besarya ujian utknya. Kita mampu mendoakan saja...

    ReplyDelete
  2. Allah..seksa nye beliau..berusahalah selagi termampu..

    ReplyDelete
  3. Subahanallah besarnye ujian beliau ...

    ReplyDelete
  4. Allahuakhbar...deritanya,semoga dapat menemui rawatan yang sesuai.

    ReplyDelete
  5. kite yg kena luka sket je da meraung kesakitn apatah lg dia adik asyikin ni...aduuhhh

    ReplyDelete
  6. ya Allah....penyakit apakah ini?

    ReplyDelete
  7. ya allah...sakitnya...moga dpt ditemui ubat yg sesuai untuk adik ni..

    ReplyDelete
  8. kesian dia..sakit tak tertanggung tu...

    ReplyDelete
  9. ya Allah, kesian nyer kak.... tak sampai hati baca yg dia hari2 mohon supaya Allah amik nyawanye... semoga syikin cpt sembuh...

    ReplyDelete
  10. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

    Ya Allah sembuhkan penyakit Noor Asyikin ni... Aamiin

    ReplyDelete
  11. insyaallah..setiap penyakit ada ubatnya..betul kata nita tu..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya..

    ReplyDelete
  12. kesian sgt...
    tp mungkin dia pilihan-Nya krn tuhan sygkan dia..smoga dia bsbr dgn ujian ini

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ros, nasihat Bomo, beri harapan pd patient, bawak jumpak pakar. Tanya pasai 'ekzima' or 'psoriasis'. Jgn antor & serahkan semata-mata pd doctor. Kena berusaha carik input tentang penyakit ni. Mintak opinion lebih dari seorg! Maybe dpt membantu. Jgn lupa, mohon bantuan dari AllahSWT! Wallahualam.

    ReplyDelete
  14. kesian sangat kan kak? tadi jannah baca paper pon rasa sedih. semoga dia tabah dengan ujian Allah

    ReplyDelete
  15. Kesiannya...Semoga beliau cepat sembuh dan bersabar dalam menempuh ujian hidup...

    ReplyDelete
  16. ehem kesianya..semuga ank ni cepat sembuh..

    ReplyDelete
  17. Banyakkan berdoa pada allah sesunguh allah maha kaya lagi maha penyayang

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails