Sahabat adalah perisai diri

Thursday, April 26, 2012

Remaja maut jatuh terusan

Assalamualaikum,
Selamat pagi....buat semua sahabat ....sentiasalah mengingati Allah ya....kita tak akan tau pun bila ajal kita ni kan..,ajal maut kita ni semua ditangan Allah ...Kalau dah sampai masanya.....bila2 masa saja Allah akan ambik nyawa,.....Al Fatihah buat arwah adik Mohd Suhaimi,semoga rohnya diterima disisi Allah dan ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman......

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my



LEMAS...anggota Jabatan Pertahanan Awam mengangkat jenazah mangsa. Gambar kecil, Mohd Suhaimi.

PENDANG: Seorang remaja dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya maut apabila ditemui orang ramai tertiarap dalam terusan di Kampung Alor Besar, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, motosikal ditunggang Mohd Suhaimi Mohd Daud, 18, dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam terusan berkenaan dan mangsa dipercayai lemas.

Majikan mangsa, Bukhari Lebai Chik, 56, berkata, mangsa selalunya sampai di rumahnya sekitar jam 10 pagi sebelum keluar bekerja di sebuah sawah miliknya bersama seorang anaknya dengan menaiki kereta.

“Saya difahamkan, anak saya sempat menghubungi arwah kira-kira jam 10 pagi bertanyakan lokasinya dan arwah sempat menyatakan dia baru sampai di terusan Kampung Alor Besar, namun tidak muncul walaupun selepas beberapa jam.

“Jarak antara terusan kampung itu dengan rumah saya tidak jauh, sekitar 10 minit perjalanan saja. Namun, anak saya berasa tidak sedap hati kerana arwah tidak pernah lewat,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Bukhari berkata, dia amat terkejut selepas mendapat tahu Mohd Suhaimi terjatuh ke dalam terusan itu sehingga meragut nyawanya.

Katanya, dia tidak menyangka pertemuan mereka baru-baru ini yang terakhir sebelum kejadian meragut nyawa mangsa.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu selain memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.



16 comments:

  1. ya ALLAH kesian nye..al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. Al fatihah.Dah banyak berlaku kemalangan jiwa pasal jatuh dalam terusan di area kedah ni

    ReplyDelete
  3. inalillah, kesian nyer kluarga arwah... al fatihah utk arwah suhaimi...

    ReplyDelete
  4. macam2 kesah skrg ye sis...kesiannye

    ReplyDelete
  5. aduhhh...sedihnya berita yang dibaca pagi pagi gini...

    ReplyDelete
  6. Kesian kan? Takziah pd family arwah..AlFatihah utk arwah moga ruh nya diletakkan brsama org2 yg beriman disisi Nya amiiiin

    ReplyDelete
  7. innalillah... kalau dah ajal... tiada yg mampu halang...

    ReplyDelete
  8. Alfatihah buat arwah dan takziah juga buat ahli keluarganya..

    ReplyDelete
  9. Takziah buat kelurga arwah..tersentuh baca nie

    ReplyDelete
  10. sama2 lah kita beringat..
    bila2 masa je ALLAH blh amik nyawa kita..
    takziah buat keluarga arwah dan al fatihah..

    ReplyDelete
  11. al fatihah....
    kalau dah sampai janjinya dimana2x pun sampai....

    ReplyDelete
  12. al fatihah n takziah utk kluarga arwah. pngajar buat kita kn bhati2lah stiap ms

    kak ros, ada malware

    ReplyDelete
  13. al-fatihah. ajal maut kita tak tau kt mane.hmmm.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails