Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, April 4, 2012

Ulat Resdung Keluar Dari Muka...(video)

Assalamulaikum,
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala- gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya sinus....Punya lah banyak ulat resdung tu kat muka dia.....kat muka kita ni tak tau la banyak mana pulak kan....



APAKAH SINUS?

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga-rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran-aluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika aluran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kuman bacteria akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan di dalam lapisan hidung.

Gejala- gejala sinusitis

* Sumbat hidung
* Lendir dari hidung dan tekak
* Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
* Sakit tekak yang berpanjangan & berulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan berkaitan dengan gejala diatas.
* Gejala alahan hidung seperti terbersin , gatal hidung dan sebagainya.

Punca-punca sinusitis

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit.
* Hidung yang bengkok
* Menyelam/ mandi/ terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas.
* Ketumbuhan dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung contohnya putik kapas
* Tisu belakang hidung yang bengkak (codenoids) terutama bagi kanak-kanak.

Kemudaratan sinusitis (komplikasi)

* Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
* Jangkitan otak
* Sakit tekak yang
* Jangkitan tulang muka
* Menerukkan keadaan lelah.
* Berdengkur secara kronik
* Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil terutama bagi kanak-kanak.
* Alahan hidung/ hidung yang sensitive
* Selsema biasa yang melarat

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK HIDUP SIHAT?

Penyiasatan

* Skop hidung- untuk melihat punca sinusitis
* CT Scan hidung dan sinus- untuk melihat kawasan sinus yang terlibat

Rawatan

Berdasarkan gejala-gejala pesakit dan hasil penyiasatan, Rawatan yang sesuai disyorkan.

* Antibiotic
* Ubat selsema
* Ubat titis hidung/ spray hidung



25 comments:

  1. takmo tgk...msti ngeri huhuhu (dsr penakut)

    ReplyDelete
  2. This is actually a treatment where they use the lipas tanah (earth roach) chop off the butt and squeeze the ooze on your face to heal certain illnesses, for example the application on you nose is to cure sinus.

    The worms on his face are from the roach. This particular species actually carries worms inside its stomach. When rubbed on the face, the ooze are worms that appear after reacting to the exposed air. People should be aware that the worms don't come from their own face.

    ReplyDelete
  3. Gelinya tgk ulat keluar dari muka dia.Bahaya yek resdung ni.

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok masa kawan buat macam di atas tu... tak sangka betul muka kawan kita banyak ada ulat (memang dia ada resdung!)

    ReplyDelete
  5. kalo tak rawat, lendir nanah tu boleh pi ke otak & boleh bikin koma.. tu yg doktor cakap.. kami anak beranak pi jumpa specialist dah.. rupanya masing2 ada sikit sinus ni..

    ReplyDelete
  6. dulu arwah nenek kata kl nak ubat resdung ni minum air rebusan daun sirih.

    ReplyDelete
  7. aduhai...sakit ini merimaskan yee..klu ada rawatan2 smula jadi, tentu melegakan pesakit....

    ReplyDelete
  8. assalam..
    minta dijauhkan lah penyakit ni..dulu ada jg kawan yn merawat resdung ni guna kaedah asapkan hidung..dgn cara tu pun kita blh tahu samada kita ada resdung atau x??

    ReplyDelete
  9. assalam ros..tak berani mama tgk video tu..ehem bahaya juga resdung ni ek?..mujur mama tiada penyakit resdung ni..

    ReplyDelete
  10. bahaya betul penyakit ni...nanti lama2 kang ilang plk idung kena mkn dek ulat2 tu..

    ReplyDelete
  11. oh, 1st time tgk ulat resdung keluar dari muka..mcm ni rupanya..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Norhidana,

    Tu la Norhidana...kak Ros pun geli jugak tengok ulat2 tu....he.he.he...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Leman decaprio,

    OOooo....ya ka,baru Kak Ros tau...terima kasih ya Leman decaprio dengan keterangan ni....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Norzie,

    Resdung yang tak kronik tu Kak Ros rasa ok lah lagi,cuma kita jaga permakanan kita ja...Tapi kalau resdung yang kronik tu, kita mestilah kena pi buat rawatan pasai ia memang merbahaya....

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Amie,

    Ya Amie Kak Ros pun pernah tengok orang buat rawatan resdung ni macam tu lah jugak....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Mulan,

    Betoi kata doktor tu Mulan...Kak Ros pun ada terbaca jugak kisah penyakit resdung ni....kalau dah tahap kronik tu memang lah merbahaya....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    EEmmm...petua yang sangat baik ni...nanti boleh lah cuba kan ....

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Sal,

    Memang pun Sal resdung ni sangat merimaskan....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ieja,

    Waalaikumsalam ieja...betoi tu...kadang2 kita tak tau pun yang kita ni ada resdung kan ieja....kena dok pi chek jugak ni....

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum mama,

    Waalaikumsalam mama...he.he.he...Kak Ros pun seram jugak ni...

    Alhamdulillah kan mama....

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Fieda,

    Kalau dah tahap kronik sangat tu rasanya boleh hilang sungguh hidung ni Fieda he.he.he....

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Dylla,

    EEEmmmm....memang mengerikan resdung ni kan Dylla...

    ReplyDelete
  23. saya pun ada resdung.kalau makan seafood mula la gatal je muka....ni kalau buat kat muka saya mesti banyak ulat yg keluar ni....

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Aishah,

    He.he.he....Kak Ros pun kalau silap makan muka jadi gatai jugak...mesti ada resdung ni kan Aishah...

    ReplyDelete
  25. terjumpa info ni, juga pasal resdung… sharing is caring :) - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails