Sahabat adalah perisai diri

Sunday, April 15, 2012

Waspada dengan ilmu sihir...

Assalammualaikum,
Harapan Kak Ros semua kawan2 kat luar sana tu sihat2 lah ya....Hari ni saja Kak Ros nak sentuh sikit  berkenaan bab terkena ilmu sihir dalam perhubungan suami isteri ni...dalam rumahtangga lah tuh....dan macam mana cara kita nak menghindarkannya.
Semua orang tau kan yang ilmu sihir ni memang mampu meruntuhkan rumahtangga yang kita bina dengan penuh kasih sayang ....jadi kenalah kita bersedia ,pasai benda ni kat sapa2 pun boleh kena kan....


Antara sihir yang berkaitan dengan topik Ni ialah:

1.Sihir memisahkan suami isteri
2. Guna-guna atau sihir percintaan
3. Sihir menahan pernikahan.

Sihir pemisah suami isteri ini dilakukan adalah untuk memisahkan pasangan tersebut, mereka akan wujudkan perasaan saling membenci dan sering ingin berpisah kerana masing-masing tidak tahan lagi dengan kelakuan pasangan mereka. Biasanya sihir seperti ini di lakukan oleh isteri kita sendiri, samada yang tua atau yang muda, dan juga sering juga di lakukan oleh bekas-bekas kekasih kita apatah lagi sekira ianya bekas tunang kita, atau kita pernah menolak pinangan orang.

Pada zahirnya kita anggap pergaduhan dalam rumah tangga tu sebagai lumrah hidup dan ianya perkara biasa, memang kita sering tidak menyangka ianya ada unsur sihir. Dan perpisahan yang terjadi di anggap kerana tiada lagi keserasian untuk hidup bersama. Jadi nasihat saya, sebelum melakukan penceraian, silalah semak diri dan isteri dulu adakah terdapat unsur-unsur sihir yang di tujukan kepada kita.

Saya ulangi, sebelum kita membuat keputusan ingin bercerai, sila scan diri dan isteri kita di mana-mana pusat rawatan islam untuk melihat samada kita di sihir orang atau sememangnya kita dah tidak serasi.

Mari kita lihat tanda-tanda sihir pemisah suami isteri dulu. Sekiranya kawan-kawan mempunyai tanda-tanda seperti dibawah ni, segeralah pergi mendapatkan rawatan. Ok yang pertama..

1. Perubahan sikap pada diri kita atau pasangan secara tiba-tiba, dari cinta menjadi benci.
2. Sering meragui pasangan, tidak percaya, dan rasakan pasangan kita melakukan kecurangan.
3. Keras hati dan susah nak minta maaf jika bersalah.
4. Membesar-besarkan perselisihan faham walaupun hal itu merupakan perkara kecil
5. Nampak hodoh terhadap pasangan, sedangkan orang lain nampak pasangan kita tu cantik.
6. Setiap perbuatan serba tak kena yang di lakukan oleh suami isteri.
7. Sering bertengkar dan sering ingin berpisah.

Jika kawan-kawan pernah alaminya, segeralah berubat demi menyelamatkan rumahtangga yang di bina. Saya amat mensyorkan agar kawan-kawan mendapatkan rawatan secara Islam yang 100% menggunakan Al-Quran. Jangan sesekali berjumpa tok bomoh, dukun, pawang yang menggunakan khidmat jin, bunian, khadam dan sebagainya, kerana ianya hanya sia-sia, buang duit, masa dan tenaga. Disini apa yang saya cadangkan ialah, sekiranya kawan-kawan alami masalah ini, segeralah mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam yang menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai rawatan. Contoh yang boleh saya berikan ialah seperti Pusat Rawatan Zamdurrani. Info sila ke laman web mereka http://www.zamdurrani.dumei.com

Sumber


17 comments:

  1. Alhamdulillah... moga-moga semakin hari semakin sayang...

    ReplyDelete
  2. ada yang kata kalau bercinta tak pernah jadi pun ada unsur sihir jugak..huhuh..

    ReplyDelete
  3. Salam sis! 'Lord of the Ling(kup)' macam aku ni pun....kena sihir ka? Asai jumpak pompuan je...ketaq lutut! Or....takde 'keyakinan'!

    ReplyDelete
  4. Pd aku sis, berdasarkan pemahaman terhad aku terhadap petikan doa diatas, jelas sihir tak dpt menewaskan keyakinan! Menyakini & merasai akan kehadiran seorang isteri or suami dlm diri kita mengikut syariat Islam sebenar, pasti akan buatkan 'sihir' jadi tawar!!!

    Betui tak, Mak? Arwah walid yg ajaq cek dulu!

    ReplyDelete
  5. yg mana kite boleh usahakan, kita usahakanlah. tak sebab sihir pun boleh jugak amalkan ayat ni agaknya. langkah berjaga2.. :D

    ReplyDelete
  6. Moga kita semua dilindungi dr perbuatan sihir ni..

    ReplyDelete
  7. Moga dilindungi dr sihir ni. Takut..

    ReplyDelete
  8. kak ros..terima kasih atas prkongsian ni...
    Semoga kita semua dijauhkan dan dilindungi dari perbuatan sihir ni.....

    ReplyDelete
  9. sihir pemisah suami isteri tu yg bahaya....
    Semoga kita semua mendapat lindungan dari perbuatan sihit ni...
    aminnnnnn

    ReplyDelete
  10. assalam ros..ehem masih ada lagi insan yg hasad dengki begitu kan..hu2x..thanks kongsi ayat2 Al-Quran..

    ReplyDelete
  11. semoga kta semua dilindungi dan dijahui dengn pekara2 sebegitu yer kak :)

    ReplyDelete
  12. nauzubillah.. moga kita dijauhkan..

    ReplyDelete
  13. salam Roz..

    tq mengenai info ini.

    banyak ilmu yg kita dapat.

    jauh dr anasir2 hasad dengki.

    ReplyDelete
  14. nauzubillah minzalik...

    elok selalu bc doa ni kan..huhu

    ReplyDelete
  15. ada jugak zaman camni...harap family sy xde sis...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails