Sahabat adalah perisai diri

Saturday, May 5, 2012

8 Sebab kenapa perlu makan bawang putih

Assalamualaikum,
Banyak khasianya bawang putih ni kan....Kak Ros pun baru tau..Ada orang kata bawang putih ni jangan makan banyak2 pasai dia menghasilkan bau badan yang kurang menyenagkan,mungkin tu satu keburukkannya,tapi dari segi kebaikkan dia ada banyak kelebihan rupanya...



1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sumber dari sangmentari.wordpress.com

9 comments:

  1. cik rose memang suka bawang putih hihihi

    ReplyDelete
  2. Saya makan je....putih ke merah ke....boleh telan....saya telan je....ekekkeee

    ReplyDelete
  3. Banyak khasiat bawang putih ni rupanya...selalunya mmg isi bawang putih dalam masakkan.Tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Saya sangat suka bawang putih. Bila menomeh tu, fuhhhhh wanginyaaa! :D

    ReplyDelete
  5. dulu biasa acik nampak kawan yang berbangsa india..makan banwang putih macam tu je..selepas dipanggang sekejap..tapi acik tak lalu pulak nak kunyah kalau terus telan boleh ..

    ReplyDelete
  6. salam k.ros, baru ni dpt bc n3 kak..
    sebelum ni bila jalan2 blog kak, mesti keluar warning virus..

    ReplyDelete
  7. saya kalau masak semua bawang masuk...

    ReplyDelete
  8. s dalam masakkan haruslah ade bang putihkan.. walaupun nak buat sambal kicap jer hihihihihi....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails