Sahabat adalah perisai diri

Saturday, May 5, 2012

Amah Indonesia pijak anak majikan dijel

Assalamualaikum,
Awat la dia buat lagu tu...kalau dah tak boleh nak jaga,jangan la dok kerja ....buat naya budak2 tu ja kan..

NANIS dera anak majikan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan semalam selepas dijatuhi hukuman penjara.


KUANTAN - Mahkamah Sesyen semalam menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap amah warga Indonesia yang mengaku bersalah melakukan penderaan ke atas anak majikannya yang juga kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) pada Mac lepas.

Hakim Noradidah Ahmad juga menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Nanis Supardi, 40, kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memijak muka, leher, perut dan dada mangsa serta menekup muka dan memasukkan air ke dalam mulut kanak-kanak perempuan malang yang berusia 11 tahun itu.

Perbuatan keji tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang majikannya dan dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 6 hingga 6.30 petang di Lot 2923, Kampung Batu Hitam, Beserah pada 13 Mac lepas.


3 comments:

  1. uikkk... apa punya kejam amah tu yee....

    ReplyDelete
  2. Kejam betul...gila ke, sanggup buat kat anak orang camtu...
    kot ye pun stress benti jelah keje, ni tak pasal2 budak tu teraniaya..

    ReplyDelete
  3. Berminat untuk mendapatkan cendawan susu harimau Ligno, sila email ada_shaq03@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails