Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 8, 2012

Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram....?

Assalamualaikum,
Kalau nak bergaduh lagu mana pun,jangan lah sampai anak yang menjadi mangsanya......Kalau lah marah macam mana sekali pun dan disebabkan nak puaskan hati sendiri..... takkan lah sampai sanggup mengaku anak dalam kandungan tu adalah anak haram.....Tak kesian ka kat anak kita kan elok2 dikatakan anak haram........

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my



TAK SEHALUAN...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.

Pelakon itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.

Bagaimanapun, Jimmy memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.

Terdahulu, Jimmy memberitahu mahkamah pada 24 Januari tahun lalu, dia pergi ke rumah ibu mentuanya selepas dipelawa wanita itu.


66 comments:

  1. macam²lah... takut dibuatnya.. nauzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Masya,

      Kalau dah tak mau tu,berpisah lah elok2,tak payah la dok bukak cerita macam2 kan Masya....dari orang tak tau,habis semua orang dah tau pasai perangai masing2 kan....

      Delete
  2. adoi artis artis. kalau jadi artis, habis la kesah dalam kain pon 1 malaysia tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Lya,

      Betoi tu Lya....apapun bergantunglah kat individu tu sendiri....masa nak bagai nak rak riuh 1 dunia..,masa tak mau pun lagu tu lah jugak kan Lya...

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum norhidana,

      Selalunya bila dah jadi macam ni anak2 lah yang akan menjadi mangsanya kan norhidana.....

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum lelamaisara,

      Nasib lah anak ni kan dapat ibu bapak yang memang pentingkan diri sendiri....tak pikir dah masa depan anak depa nak jadi lagu mana nanti....

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum cinnamon,

      kalau marah macammana sekalipun jangan lah kata anak kita tu anak haram kan,sedih dengar....

      Delete
  6. tu lahh..apa punya mama lee...cian dak tuu..baik bagi jimmy yg bela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mia,

      sampai hati dia kan mengaku anak sendiri macam tu....marah kat pak pasai apa p hukum anak pulak kan....

      Delete
  7. sedih la jadi mcm ni.

    tapi rasa agak respek pada jimmy sebab dia bertindak agak matang. bagi saya la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum GB,

      Memang sedih sangat kan GB...anak elok2 p cop lagu tu....

      Delete
  8. kecian kat anak tuu...punca dr ibubapa..
    si mak tu pon..hrmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nyue,

      Apa lagi yang kita mau selepas kita mendirikan rumahtangga,mestilah nak berusaha mencari keredhaan Allah kebahagiaan diri kita,suami dan anak2 kan,kalau bukan tu yang kita cari lebih baik jangan kahwin.....

      Delete
  9. entahlah dr awal kawin smpi la nie ada jer kes.mencik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Wan,

      Baru kahwin saja dah ada masaalah,pasai tu lah kalau boleh tu kenai dulu pasangan kita sebelum kita berkahwin dengannya...tanya orang disekeliling yang mengenalinya macam mana perangai dan tingkah laku dia...jangan main serbu tembok ja kan....

      Delete
  10. Macam2 dunia ni...tak tahu nak cakap apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Norzie,

      Betoi tu Norzie..perkahwinan ni mukannya mudah...,kalau tak bersedia lagi tu jangan lah dok gatai kahwin....

      Delete
  11. Sekarang ni tak susah. Buat jer ujian DNA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Betoi tu kunang-kunang.....tak payah dok riuh2 kan p saja buat ujian DNA...

      Delete
  12. Kalau article ini disimpan bila anak itu besar kesian kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie,

      Kalau dah heboh sampai macam ni tak mustahil anak depa akan tau jugak nanti kisah2 mak pak dia ni kan kakzakie....

      Delete
  13. macam ni pun ada kee... aduh... sedih betul la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kazman,

      Memang banyak pun Kazman pasangan lagu depa ni....memang menyedihkan...

      Delete
  14. Replies
    1. Assalamualaikum,

      Kesian la kat anak depa ni nanti kan....baru mai kat dunia ja mak pak dah tak sehaluan...

      Delete
  15. isk apa la....mcm2 la dunia artis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cik Farizam,

      Kadang2 tu kan Cik Farizam...yang tak artis pun banyak jugak kelaku macam depa ni....risau jugak la Kak Ros dengan budak2 la ni,apa yang depa mau sebenarnya dalam perkahwinan ni pun tak tau lah....

      Delete
  16. Tu la kak ros...ini kes mak nya jenis lepas laku dan suka cakap lepas...dah la tak mnghormati suami..dah kawin pun masih perangai mcm org bujang..jadi mcm tu lah...
    Saya rasa bekas istri jimmy tu kurang siuman kot...kawin pun mak bapak yg arrange dan secara mndadak..hemm entah laa hanya Allah dan depa sekeluarga je yg tahu kisah sebenar
    Pengajaran utk kita..sbgai ibubapa klau anak tak bersedia nak kawin jgnlah dipaksa2...kawin ni seumut hidup bkn nk sekejap dan nk tayang kat org yg majlis kita plh gah...biarla lewat kawin asalkan dah matang dan dah bersedia nk pikul tanggungjwb..
    Wahh pnjg lebar pulak komen kali ni...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Saniah,

      Betoi sangat lah tu...Kak Ros setuju dengan Saniah...kalau rasa tak bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai suami atau pun isteri baik jangan dok kahwin lagi...buat naya kat anak ja kan Saniah....

      Delete
  17. Replies
    1. Assalamualaikum Kasihredha,

      EEEmmm.....he.he.he....pening kepala noooo dok tengok gelagat budak2 la ni kan,kalau depa dah marah tu depa sanggup buat apa saja.....

      Delete
  18. Replies
    1. Assalamualaikum eira,

      ya... terima kasih ya eira.....

      Delete
  19. Kata-kata ni kalau dah terkeluar sukarnya nak menariknya semula..sekarang ni anak tu dah pun lahir kasihan dia...BERJUDI??...apa lah nak jadi MELAYU hari ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Eye_nee,

      Kesian....dalam keadaan macam ni anak lah yang akan menjadi mangsanya kan Eye.....

      Delete
  20. Salam kenal dr kak Nurul,
    Spi camtu sekali sbb marah sgt,sian ngan Jimmy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Ya...salam kenai jugak la dari Kak Ros...tu la kan...sepatutnya depa kena ingat dan pikir jugak mengenai anak depa tu kan...

      Delete
  21. yang jadi mangsa anak yang tidak berdosa...

    semua yang sulit2 dah keluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dwaty,

      Tu lah masaalahnya bila kita buat sesuatu perkara tu tak mau berpikir dulu kan...yang nak malunya diri kita balik...

      Delete
  22. kesian sgt kat ank dia org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum LYAfrina,

      Baru mai ja kat dunia ni,mak pak dah berpisah tak sehaluan lagi....dah tu dia pulak yang menjadi mangsanya di cop anak haram pulak kan LYAfrina.....ishhh...kesian betoi lah....

      Delete
  23. Ikutkan hati sangat kesian kat anak tuh..adoiyai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Rinna,

      Betoi tu Rinna.....apa yang dia tau kan,mak pak bergaduh heret dengan dia sekali dalam peperangan depa tu....

      Delete
  24. Kesian anak kan...skg ni ok la kecil lagi..tak tahu apa..nanti dah besar? bila d gugel kisah nie..tak ke tersentap dia nanti..huhuhu..

    Salam kenal dari saya..:)
    Singgah n follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum lyza,

      EEEmmm..... nasibnya lah kan dapat mak pak yang tak pikir langsung pasai masa depan anak depa....memang kesian sangat...

      Salam kenai jugak la dari Kak Ros...he.he.he...terima kasih ya sudi follow Kak Ros....Kak Ros pun dah follow lyza....

      Delete
  25. klu pun nak berpisah..berpisah secara baik, cerita luar dalam hanya mengaibkan kedua2 belah pihak..moga ianya jadi ikhtibar kepada suami isteri yg lain supaya lebih berhati-hati dan menghargai pasangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Sal,

      Betoi tu Sal.....buat malu diri sendiri ja kan...banyak lagi jalan yang baik2 boleh diikut...

      Delete
  26. Replies
    1. Assalamualaikum Sue,

      Tu la kan Sue...kecik2 lagi dah kena tanggung dan hadapi masaalah keluarga yang macam ni....

      Delete
  27. tulah bile marah sgt, sume mende yang tak elok kuar.. harap2 anak tu bile besar tak terjumpe artikel2 pasal ibu & ayahnye ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum maya,

      Kalau dah riuh 1 malaysia dah ni,tak mustahil anak depa akan tau jugak nanti kan Maya......

      Delete
  28. Replies
    1. Assalamualaikum Anies,

      Bila anak2dah besar buruk perangai nak salah sapa kan Anies....

      Delete
  29. aduhhh kemelut mereka x berkesudahan macam nie
    sedih bila ia dah menjadi aib bila menjadi tatapan umum huhuh
    semoga cepatlahh settle masalah mereka nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ieda,

      dah itu jalan yang depa pilih....depa sendiri yang suka orang semua tau....pasai tu lah depa buat lagu tu kan ieda...

      Delete
  30. ya ALLAh..kesian anak dieorg jd mangsa mak bapak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Falsya,

      Itulah yang kak Ros dok nampak la ni....krisis depa ni dah mengheret anak depa sekali dah ni....eeemmm....memang kesian la kat anak depa tu....

      Delete
  31. bila tak suka..
    dedah semua keaiban..
    kesian kat anak depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Anim,

      Masa nak kahwin dulu ni riuh rendah bagi semua orang tau...La ni nak berpisah pun lagu tu lah jugak kan Anim...yang kesiannya anak tu lah yang jadi mangsanya....

      Delete
  32. salam kak ros...bz sangat lama takk jengok kak ros... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Bitt,

      Waalaikumsalam......ya ka he.he.he...tak pa tak pa....Kak Ros pun sama jugak la Bitt...sibuk ja kebelakangan ni...baju untuk raya punya dah bertimbun dah ni,hai pening bila kak Ros dok ingat...tak mau ambik dah pelanggan tetap,kesian la pulak kat depa...yang dok sedia ada ni pun tak siap lagi...

      kak Ros pun dok curi2 masa mai jengok kat sini he.he.he.....

      Delete
  33. pendapat sy, cerita rumahtangga tak patut masuk suratkhabar..settel cara baik di mahkamah atau lalui proses sulh itulah yg sbaiknya..tak payah heboh2..ia akan buka aib kedua2 pihak plus kesian kat anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Betoi tu...kak Ros setuju sangat...Bukannya dapat faedah apa pun tindakan depa tu...mengaibkan lagi adalah kan....

      Delete

Related Posts with Thumbnails