Sahabat adalah perisai diri

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Assalamualaikum,
Bila dah sampai masanya sesaat pun kita tak boleh tunggu lagi dah....Al Fatihah buat arwah Bob Kuman,semoga rohnya diterima disisi Allah dan ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman.....


KUALA LUMPUR
– Pelakon dan pelawak, Husni Rawi atau Bob Kuman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.

Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada beliau.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

“Berapa minit buat CPR?,” soal Mazidul.
“Lebih kurang 20 minit bang,” balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan Bob meninggal dunia 8 minit kemudian.
“Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar,” ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.





4 comments:

  1. Salam,Innalillahiwainnailaihirojiun...takziah buat family arwah..moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..insyallah..al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Ros.
    Al Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang2 yg beriman..

    ReplyDelete
  3. al fatihah, semoga roh nya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails