Sahabat adalah perisai diri

Monday, May 14, 2012

Budak terkejut lintah masuk dubur

Assalamualaikum,
MasyaAllah......besarnya lintah tu....eeeeeeeeeeee.....gelinya...kalau dia dah terlepas masuk kat dalam perut mesti bahaya sangat ni......

Oleh ADHAM SHADAN dan JULIA ISMAIL
berita@kosmo.com.my


MOHD. FARHAN menunjukkan lintah yang keluar dari duburnya di rumahnya di Ketereh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.

Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.

"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.


14 comments:

  1. Panjangnya lintah tue...menakutkan...

    ReplyDelete
  2. masa tgk berita ni terbayang mcm2 kat kepala ni.teringat kisah dulu2 samada betul ke tak tatau la..citer org mengandungkan lintah .ngeri.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik nenek dia pandai... macam mana boleh masuk ke dubur... mesti budak ini berkubang agaknya kan...

    ReplyDelete
  4. Bahaya...mujur lintah ni tak masuk perut.

    ReplyDelete
  5. eeyyyy.. geli nya.. alhamdulillah takde apa2..

    ReplyDelete
  6. uiks....
    sib baik tak de pape...

    ReplyDelete
  7. ngee~~~~~ ngeri tengokkk...

    ReplyDelete
  8. panjangnyer lintah tu... ngeri2.... mlm td tgk kt bite selamba je bdk tu cite... mcm takde perasaan tkt je

    ReplyDelete
  9. tengah serapan pagi tadi terkejut tgk paper citer pasal lintah ni... peerghhh...

    ReplyDelete
  10. ngerinya... geli geleman.. cemana laa boleh masuk kot nuun... kalo tak kuar cemana tu, kena operate la agaknya kot.. tak pepasal lak ye...

    ReplyDelete
  11. ngeri la saya tgk..teringat cite dulu2 yg dia ngandung lintah tu..

    ReplyDelete
  12. mengerikan..nasib baik tak de apa2.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails