Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 15, 2012

Buru wanita 7 pagi...

Assalamualaikum,
Penting sangat2 ni buat semua orang perempuan...Takut sungguh la bila kak Ros baca kisah ni..sentiasa beringat dan berhati hati lah ya semua walaupun dimana kita berada dan jangan dok mudah percaya sangat dengan sesiapa pun yang kita jumpak terutama sekali yang kita tak kenai........Dalam berkawan tu pun kena dok hati2 jugak,kadang2 tu yang kenai rapat ngan kita tu lah yang dok buat naya kat kita kan...Apa pun peringatan buat diri kak Ros jugak ni,jangan lupa sentiasalah ingatkan Allah ya....

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan ‘tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.

Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.

Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.

Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.

Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.

“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.

Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.

Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.

Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.


13 comments:

  1. aduiii.... hati2x semua yee... sian kat yg jadi mangsa tu walaupun tak kenal...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  3. sentiasa la berhati hati bila berada bersendirian tak kira diluar atau pun dirumah atau dimana je..

    bertawakal pada Allah minta moga dijauhi dari perkara perkara yang tidak diingini..

    ReplyDelete
  4. Menakutkan... rentetan cerita bagaikan syaitan yg sama yg melakukan kerja terkutuk ini...

    ReplyDelete
  5. ya Allah, selamatkan lah aku n wanita2 lain dr gangguan syaitan2 nih...
    ngeri tul lah.. mcm2 betul skrg nih, mana2 tak selamat dh

    ReplyDelete
  6. manusia berhati haiwan, sanggup buat apa saja asalkan hatinya puas,,org macam ni elok dihukum penjara seumur hidup..

    ReplyDelete
  7. takut sy baca nie..moga dilindugi..kena berhati-hati..selalu..

    ReplyDelete
  8. Kesiannya pada yg jadi mangsa. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan utk mengelak perkara ini dari terus bermaharajalela.

    ReplyDelete
  9. salam kakros..ya allah..lagi berita yang menakutkan..

    ReplyDelete
  10. bahaya kan sekarang nih. takut je dgr.
    salam kenal ros. :)

    ReplyDelete
  11. Teruknya...dunia akhir zaman dah tak takut api neraka..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails