Sahabat adalah perisai diri

Thursday, May 10, 2012

Gila Apa dia ni.....(Video)

Assalamualaikum,
Tak dak belas kesian langsung lah perempuan ni,sanggup dia buat lagu tu kat anak kandungnya sendiri.....Hukuman kat dunia ni mungkin dah terlepas,tapi hukuman di akhirat nanti masih ada lagi kan...Yang dok ada tu pun boleh tengok saja ka...heran betoi la Kak Ros....

Memang kejammmmmm........

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KEJAM...sebahagian rakaman video yang memaparkan kekejaman wanita memukul bayinya.

KUALA LUMPUR:  Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai.


“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya

 


18 comments:

  1. Salam Rose.
    Perempuan tu sakit mental kot...Sanggup buat anak dia mcm tu.

    ReplyDelete
  2. Sakit hati masa tengok semalam...tak kiralah stress ke ape ke..sesuka hati dia je..

    ReplyDelete
  3. Apa yg kakak hairan org yg merakam video ini kenapalah tergamak membiarkan aje atau sengaja nak bagi org tengok. Si abang (agaknya) pun macam nak tolong tapi takut-takut...

    Syaitan menguasai diri - na'uzubillah...

    ReplyDelete
  4. Dia telah pun menerima hukuman...apalah nasib si kecil ini kan..kelahiran yg brgkali tidak diingini...mengundang dendam si ibu...dimana ayah yg sepatutnya melindungi..atau kelahirannya tiada berayah...apa yg pasti bukan dia minta utk dilahirkan..Ya-Allah lindungilah si comel tidak berdosa itu dari kekejaman dan penderaan.......

    ReplyDelete
  5. tak sampai hati nak tengok sampai habis video ni.. sesak dada saya dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. ni kes last year..

    sian bdk tu dpt ibu cm ni

    ReplyDelete
  7. mak dia mental la tu./..patut hukuman penjara lebih lama kan..

    ReplyDelete
  8. tp knp dia dijatuhkan hukuman penjara ...kalau mental mmg tk kene kan???

    singgah blog sy & sy nak share something

    nk ajak awk join giveaway mudah:

    Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    hati saya tak tenang kalau tgok v yg mcm ni.

    terganggu emosi.

    ReplyDelete
  10. mmg xde otak...cuba dia kita buat cmtu jugak...bru dia ape rasanyakan...

    ReplyDelete
  11. ada yg kata mak dia ni tertekan...sebab pernah jadi mangsa rogol dan anak itu la hasilnya... entahlah...

    ReplyDelete
  12. Salam kak ros. Semalam saya tak boleh tidur terkenangkan anak kecik tu. Sedih sangat. Sebak sampai sakit dada saya. Walau apa pun sejarahnya, anak itu tetap tak berdosa dan lagi suci dari kita. Janganlah diperlakukan macam tu. Beri je pada orang lain yang akan lebih menyayanginya macam saya ni ha. Teringin nak ada baby tapi umur dan kesihatan tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  13. salam akak,memang sedih tengok..kesian sangat..kat budak tu..

    ReplyDelete
  14. meroyan giler la dia ni kak rose..saya nangis semalam tgk..

    ReplyDelete
  15. kesian sangat kat budak tu... mental betul mak dia kalau ada depan mata nak je saya tenyeh2 dia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails