Sahabat adalah perisai diri

Monday, May 28, 2012

Inilah Dia Pintu Syaitan Dialam Nyata....

Assalamualaikum,

Maaf lah ya semua,Buat masa ni kak Ros tak boleh mai selalu kat sini,pasai kerja Kak Ros,kain untuk tempahan hari raya dah mula bertimbun dah ni....kak Ros dok kena jahit dah dari la ni,takut nanti tak dan siap pulak kan.......

Pada semua yang masih lagi sudi mai ziarah dan komen Kak Ros tu,amat2 Kak Ros hargai dan terima kasih banyak2 ya,insyaAllah kalau Kak Ros ada masa lebih tu,Kak Ros akan membalasnya....

Hari ni Kak Ros hanya sempat nak kongsi artikal ni ja...Jom semua.....,mai kita layan sat.......


Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

Sumber

19 comments:

  1. Bila baca ini terasa ada yg kena batang hidung kakaklah Ros... Nampak benar iman tak kental kan..

    ReplyDelete
  2. Tidak dapat dinafikan sebagai manusia yg dijanjikan Syaitan utk di hasut nya banyak sgt rasanya pintu yg telah saya buka buat syaitan2 itu ROS...mohon Allah ampunkan segala kekurangan dan kelemahan diri...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Ros kongsi pintu2 yg Syaitan senang nak memasukinya....

    ReplyDelete
  4. betul tu kak!
    sbb tu b la mrh kite disarankan amik wuduk.. syaitan kn anti wuduk..

    ReplyDelete
  5. tq for sharing the info kak ros :)

    ReplyDelete
  6. sokong juga komen kak zakie tu.. mmg ada yg terkena btg hidung sendiri.. terasa betapa ruginya diri ini... iman pun msh senipis kulit bawang.. :(

    ReplyDelete
  7. Memang betul tu...banyak tempat yg menjadi saluran syaitan laknatullah nak goda umat islam terutama melibatkan hati....sentiasa tingkatkan amal ibadah semua

    ReplyDelete
  8. Salam Ros,

    Kadang2 terbuat tanpa sedar, Terima kasih ros berkongsi info yg sangat baik ni.

    ReplyDelete
  9. tqs for sharing kak ros.. ada jgk yg terkena diri sendiri ni..

    ReplyDelete
  10. banyakkan pintu2 tempat dia berkeliaran ye ros...

    Masa gi ceramah ag dulu teringat pesanan ini...antara doa yg tak boleh dilupakan selepas solat ialah sentiasa memohon rahmat dan hidayahNya, minta pd Dia ,jgn butakan mata hati kita dengan hidayahNya......

    Moga Allah permudahkan...

    ReplyDelete
  11. wahhhh raya da dekat ni...lagi bz laaa nampaknyaaa kak ros kite ni...hehe apa apa pun kak ros...all the best...moga lancar dan terlaksana segala perancangan... :)

    ReplyDelete
  12. semoga kite sama2 saling beringat... tq sbb share kak

    ReplyDelete
  13. Thanx kak ros atas perkongsian ni..
    Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan allah..

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas prkongsian ni....

    ReplyDelete
  15. Kak..menarik sangat info nie..kadang2 kita tak perasan pun..semua bahan bacaan mampu membuatkan kita bermuhasabah..insyaallah..
    kak..ramai ye yg tempah baju ye..alhamdulillah..rezeki kak..lynn pun tengah cari taylor..sebab kakak lynn tak nak ambil tempahan pulak..huhu

    ReplyDelete
  16. assalam ros..pandai ros menjahit ya..Thanks atas entry ini !!!..semuga kita dihindarkan dr sifat2 diatas..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails