Sahabat adalah perisai diri

Thursday, May 3, 2012

Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi

Assalamualaikum,
Terharu sungguh la kak Ros bila baca kisah ni.......Doa dari anak yang baik dan anak yang soleh memang dapat bantu ibu bapa depa di akhirat nanti.....


MAI BERKONGSI!!!!

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan

Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke

Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa

sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya

yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah

orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab

dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah

mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan

mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan

akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa

orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah

memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah

itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu

di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina

yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?,

kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu

dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor

babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.

Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasihsayang.

Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa

agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.

"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi

Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu

adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang

besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.

Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah.

Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari

aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi.

Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",

sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku

bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar,

tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka

ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.'Wahai Musa, inilah

orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang

sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa

babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh

disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah

berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.

Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan

ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat

menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini

juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga

ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita

mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan

urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagai

mana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga

bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T

supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan

membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang

dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui

hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya

ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik

di sisi Allah.

Sumber

12 comments:

  1. thnks share ilmu yg berguna..:)

    ReplyDelete
  2. insaf..mak ayah tetap mak ayah kan..yang sampai bunuh tu??huhu

    ReplyDelete
  3. Sebagai anak kita berusaha menjadi anak yg soleh/solehah dan sebagai ibu-bapa kita berusaha menjadi yg terbaik agar sama-sama kita beroleh kebahagiaan di akhirat kelak...

    ReplyDelete
  4. Terharu membacanya ros....semoga info berguna nie menjadi satu tauladan buat kita semua...

    ReplyDelete
  5. Salam, tp lain pula dgn kes2 yg ada skrg ni, sedih sgt2 :( terima kasih kongsi :-)

    ReplyDelete
  6. slm kak Ros, buatkan cek nk blk kpg cepat nih...ibubapa, mertua perlu/wajib disayangi walaubagaimana sekali pun mereka ..di sisi kita mereka adalah segalanya. semoga Allah merahmati kita semua.

    tq for sharing.

    ReplyDelete
  7. cite ni memang betul2 menyayat ati.. so sebenarnye wat ever yang ibu bapa wat, tak kisah r jahat mane pun dorang.. kite still kne act as anak r.. baru tau..

    ReplyDelete
  8. ilmu yg berguna utk dikongsi :D
    sedih citer nei

    ReplyDelete
  9. ibu bapa adalah segalanya bagi anak2..

    tqs sis for sharing..

    ReplyDelete
  10. tsentuh sgt2. moga jd iktibar kpd kita

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails