Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, May 9, 2012

Kucing gemuk luar biasa mati

Assalamualaikum,
Tudia... gemuknya kucing ni.....comel sangat tapi kesian pula Kak Ros tengok saiz badannya yang macam tu,mesti tak boleh nak jalan dan macam2 penyakit dah ni,pasai tu lah dia mati kot...........

GAMBAR fail menunjukkan seorang kakitangan Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe memegang Meow pada 19 April lalu.

SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.

Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.

Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.

Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.

Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.

Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.

"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.

Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.

Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI


22 comments:

  1. domoknyeee kucing tuh...;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Falsya,

      Macam mana la depa jaga dia sampai gemok lagu tu kan,kesian pulak kak Ros tengok...

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum Masya,

      He.he.he.....pasai tu lah kot dia mati kan Masya.., badannya tu dah terlampau besar..

      Delete
  3. wuish..besarnya...mesti berat nak dukung..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Lynn,

      Kalau Kak Ros memang dah sah tak terangkat dah he.he.he...

      Delete
  4. Gemoknya tp sayang dah mati.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nazayiena,

      Kalau dia hidup pun rasanya buat seksa dia ja kan Nazayiena...nak berjalan pun mesti tak larat...

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum Cendawan susu Harimau,

      He.he.he....nampak comel sanagt kan...

      Delete
  6. Replies
    1. Assalamualaikum Kazman,

      Kesian pulak tengok kan Kazman...,kalau macam ni lah punya gemoknya memang sah lah dah tergolong dalam golongan obesiti...

      Delete
  7. Dah sampai ajal kucing gemok tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ainnoraini,

      EEEmmmm..... betoi tu Ainnoraini....comel sangat kucing ni kan...

      Delete
  8. besar betul kucing tue...cam manusia jugak berat lebih mesti banyak sakit.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Che Rose,

      Ya betoi tu Che Rose....setiap benda yang hidup ni kalau tak dijaga kesihatannya memang lah macam2 penyakit yang akan mai kan....

      Delete
  9. Hello Ros,
    I love that beautiful fat cat! =)
    Hugs, have a great day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Carolina,

      I also like to he.he.he....very cute right..

      thank.....

      Delete
  10. alamak...kesian nyer...sayanglaaa...
    haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mr.Clive,

      Tu la kan Mr.Clive....dah pelihara sampai besar macam tu dah kan mestilah sayang sangat kan....comel pulak tu....

      Delete
  11. Haiwan pun macam manusia jugak rupanya kan, Ros? Obesiti mengancam kesihatan dan nyawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kamariah,

      Betoi tu Kamariah...setiap yang bernyawa ni mesti kena jaga kesihatan ....kalau dah sampai ajalnya tu tak upaya lah kan....

      Delete

Related Posts with Thumbnails