Sahabat adalah perisai diri

Friday, May 4, 2012

Lukisan The Scream dilelong RM363 juta

Assalamualaikum,
Tu dia satu lukisan saja harga sampai berjuta.....kak Ros tengok lukisan ni besa ja...tak tau la kan kak Ros ni bukannya pandai sangat pasai seni2 lukisan nih......Ni harga yang telah dilelong...harga sebenarnya tak tau lah berapa......

DUA kakitangan firma Sotheby's memegang lukisan The Scream di New York kelmarin.

NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The Scream dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual dalam satu acara lelongan.

Lelongan itu dikendalikan firma Sotheby's.

Munch menghasilkan lukisan itu pada tahun 1895 dan ia menjadi tarikan utama dalam lelongan tersebut yang dihadiri oleh para pengumpul lukisan, pengedar dan media.

Lukisan itu pada asalnya dijangka dilelong pada harga AS$80 juta (RM242 juta).

Namun, dua pembida menaikkan harga bidaan tersebut.

Lelongan itu mengatasi rekod jualan lukisan Picasso, Nude, green, leaves and bust yang dilelong pada harga AS$106.5 (RM323 juta) dua tahun lalu.

"Ia sangat berbaloi untuk dimiliki," kata Tobias Meyer yang bertanggungjawab menjadi jurulelong.

Meyer menyifatkan The Scream sebagai ikon terhebat dalam seni halus.

Bagi peminat seni, The Scream mungkin berada di tempat kedua selepas potret Mona Lisa.

Pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - Agensi


6 comments:

  1. ha ah kan..hanya orang seni aje yg tau menilai kot..heheheh

    ReplyDelete
  2. saya pun reti lukis kalau macm ni... hehehe

    ReplyDelete
  3. As salam Ros.
    Ya Allah mahalnya lukisan ni....tak adalah cantik sangat.

    ReplyDelete
  4. Lukisan2 abstrak camtu memang diminati oleh orang2 yg celik seni.

    Tapi saya memang bukan salah sorang darinya, kehkeh..

    ReplyDelete
  5. tak reti nak nilai lukisan. mcm biasa je. hehehe ..mhl jugak eh.

    ReplyDelete
  6. mahalnya...nampak macam biasa je
    mungkin yg menyebabkan ia mahal
    sebab nilai abstraknya itu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails