Sahabat adalah perisai diri

Friday, May 18, 2012

Penculik berambut panjang...(video)

Assalamualaikum,
Berjaga jaga lah dengan van yang bewarna putih dan jugak individu yang berambut panjang.....Adik ni adalah mangsa depa yang terbaru,syukur alhamdulillah lah dia telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada penjenayah ni......

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my


TERKEJUT...Rajan dan ibunya, Seena ketika ditemui wartawan Harian Metro.

 
DI SINI...kawasan tempat Rajan hampir diculik, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian cubaan menculik berlaku di sekitar ibu kota kelmarin, menjadikannya kes culik keenam sepanjang tahun ini dengan dua daripada mangsa dilarikan kumpulan penculik termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar.

Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.

Dalam kejadian terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.

Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Sebaik turun daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut panjang berdiri berdekatan perhentian bas.

“Tidak lama kemudian, lelaki itu mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari perhentian bas bergerak menghampiri saya.

“Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dari myMetro...

6 comments:

  1. ishhh menakutkan...Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. Kalau dah 14 tahun akal agak panjang Ros... cuba bayangkan kalau budak kecik baru 7-8 tahun memang dah kena agaknya.

    Semakin menakutkan sekarang nie..:(

    ReplyDelete
  3. salam ros..macam2 kisah ..menakutkan..moga anak2 kita semua selamat

    ReplyDelete
  4. haih..semakin tak selamat zmn sekarang ni kan...hmmm....

    ReplyDelete
  5. macam macam cara untuk mendapatkan duit
    cara yang menyusahkan orang jugak di buat kan?
    bahaya anak anak sendirian di tempat terbuka sekarang

    ReplyDelete
  6. semakin berani mereka melakukan perbuatan jenayah ini..malaysia semakin tidak selamat..hu2x..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails