Sahabat adalah perisai diri

Friday, May 11, 2012

‘Saya rakam untuk dedah’(Video).....

Assalamualaikum,
Inilah penjelasan Noor yang telah merakam kekejaman seorang ibu terhadap anak kandungnya sendiri....mai kita baca dan dengar....

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa

KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.




16 comments:

  1. sakit hati tgok video ni...budak tu macam ek..hmm..

    ReplyDelete
  2. ksimpulannya, jgnlah mudah mnjatuhkan hukum pd ssorg sdangkn kita tak tahu kjadian sbnar. lagipon dia yg buat laporn pols bukan?

    ReplyDelete
  3. dana mmg takmo tgk video tuh tp dh buletin utama tayang tgk jelah kn... lps dh tgk tu rasa sakit ati sgt... kalu takmo anak tu bg jelah kt org lain jgn nk dipukul mcm punching bag...

    ReplyDelete
  4. elok sgt..org mmg tak tahu..

    skg dah tahu.

    mangsa tetap baby tu.

    ReplyDelete
  5. betul jg tindakan dia...kalu dia x rakam maka x tertangkap la si ibu ganas tu... org ramai pun jgn la ckp sgt buat tanggapan..

    ReplyDelete
  6. biasalaa, sebelum terdedah sesuatu kebenaran...rata2 akan membuat pelbagai andaian...

    rakaman itu lama, xsangguh nk tgk dipukul, ditampar..ditolak..

    ReplyDelete
  7. Jadikan pengajaran... cuma hukuman macam tak setimpal... geram kakak:(

    ReplyDelete
  8. assalam kak ros..
    hakikatnya mmg ramai lg para ibu yg x berhati perut kat luar sana..sedangkan haiwan pun tahu sayangkan ank..inikan pula makhluk yg ALLAH berikan akal fikiran..letak kat lutut agaknya akal dorang ni..

    ReplyDelete
  9. kesian dengan nasib baby tu
    macam nak buat anak angkat je

    ReplyDelete
  10. x tgk pon vid tu..tak smpi hati

    ReplyDelete
  11. xsuke tgk video tuh..nape die x report jer..
    nape kene rakam tp xwat ape2..hurmmm..

    poor baby..

    ReplyDelete
  12. mula tu cheqna geram gak ngan perakam ni pastu cheqna fikir balik mungkin dia terpaksa sebab nak bagi bukti pada polis....

    ReplyDelete
  13. ehm.... kalau kita tengok memangler nak cakap orang yang merakamtu sama kejm gak ngan orang yang memukultu.. tapi yerler kita tidak tau banyak perkarakan..
    gitulah dunia kita menghukum orang tanpa fikir kita disituasi begitu... selalu fikir apa yang kita fikirkantu sahaja yang betoi...

    ReplyDelete
  14. kesian baby tu kan...mmng tak de hati perut langsung ibunya...

    ReplyDelete
  15. tak tau nk komen apa..yg pasti, c pendera itu mmg kejam..seriuss.. kejam..

    ReplyDelete
  16. itulah cerita disebalik cerita yeee...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails