Sahabat adalah perisai diri

Monday, June 25, 2012

Jari Anak Putus Dibaham Pirana Dibela Ibu Bapa Sendiri...

Assalamualaikum,
Banyak lagi binatang kat atas dunia ni yang comel2,pasai apa binatang yang ganas dan bahaya ni jugak yang depa suka....Hairan sungguh la Kak Ros.....Memang lah hobi dan kesukaan seseorang ni tak sama,tapi biarlah yang selamat kan.....


ILLINOIS: Apabila anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan menangis kerana hujung jarinya putus, kelihatan seperti digigit, kedua-dua ibu bapanya mengesyaki ia angkara anjing peliharaan mereka.

Tetapi, selepas dilihat dengan teliti, polis mendedahkan ia mungkin disebabkan haiwan peliharaan yang lebih kecil dan lebih senyap, ikan pirana yang dibela oleh mereka.

Polis di Maine Township, Illinois hanya memerhatikan ikan bergigi tajam yang berenang di akuarium berdekatan dengan tempat kanak-kanak itu bermain, ketika doktor mengesahkan gigitan itu bukan disebabkan oleh anjing.

Jurucakap Pejabat Syerif Cook County, Frank Bilecki berkata, “Kami bercakap dengan ibu kanak-kanak itu dan bertanya apa lagi yang menggigit?”

“Dengan cepat, ibunya berkata, dua ekor ikan itu memang terletak dekat dengan tempat kanak-kanak itu bermain.... Kami tahu pirana boleh menggigit,” katanya.

Selepas memberitahu bapa kanak-kanak itu, yang turut berada di rumah pada waktu itu, lelaki itu terus ke akuarium dan memasukkan tangannya ke dalam air lalu mengambil seekor ikan itu dari akuarium itu.

“Dia langsung tidak takut. Itu memang naluri seorang bapa,” katanya.

“Selepas mengambil ikan itu, bapa yang panik itu terus memotong ikan itu dan hujung jari itu masih berada di dalam perutnya. Dia segera meletakkannya ke dalam ais dan membawanya ke hospital dengan segera,” katanya.

Jurucakap hospital itdak dapat mengesahkan sama ada hujung jari itu boleh disambung.

“Ibu bapa kanak-kanak itu benar-benar sedih dengan kejadian itu,” katanya dengan menambah, kanak-kanak itu adalah satu-satunya anak pasangan itu.

Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga menyiasat rumah kanak-kanak itu dan tidak menemui bukti ibu bapanya cuba mencederakan anak mereka.

Tiada tuduhan difailkan ke atas mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Akuarium Shedd, George Parsons berkata, ikan pirana boleh dibeli secara sah di Illinois.

Katanya, walaupun mereka pernah mendapat satu atau dua panggilan setahun bertanyakan bagaimana merawat gigitan pirana, tetapi berita mengenai seseorang kehilangan jari kerana digigit ikan itu, amat jarang didengar. - Daily Mail

17 comments:

  1. perghhhh...bahaya...si bapa bleh nk pelihara...hurm...si anak plak nakal nk jgk p main kat ikan tuu..ishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nyue,

      Budak2 apa yang depa tau kan Nyue...mak pak lah yang dok kena awasinya dari benda2 yang merbahaya nih kan.....

      Delete
  2. Betul la, byk lagi pet lagi yang kat doniaaa nieh, yang bahaya ni jugak nak bela...ish...ish..tak pasal je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Yayansmum,

      Tu la kan Yayansmum....sepatutnya depa kena pikir dulu apa yang depa nak buat,bahaya atau pun dak....

      Delete
  3. aduhai macam2 la mat saleh ni. nasib x bela buaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Lya,

      Kalau depa bela buaya kan Lya,bukan jari anak depa ja yang hilang dengan anak depa sekali hilang he.he.he....

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum Mulan,

      Tak pasai2 anak yang jadi mangsanya kan Mulan....

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum fieda,

      Tu la kan fieda,tengok giginya pun dah seram kan,macam mana lah depa boleh buat binatang peliharaan.....

      Delete
  6. assalam ros..betul tu..bela la yang tak membahayakan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Acik,

      Waalaikumsalam....Ya la kan Acik,banyak lagi binatang comel2 yang dok ada tu....

      Delete
  7. assalam ros..ehem takutnya dgn pirana..bahaya !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum mama,

      Waalaikumsalam.....EEEmmm....memang menakutkan kan mama...tengok giginya saja dah la,amat menyeramkan...

      Delete
  8. waalaikumsalam ros..betulla, banyak2 haiwan boleh dipelihara, ygg ganas ganas juga jadi pilihan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Whitecappuccino,

      Tu la kan....Apa yang depa dapat dan syiok sangat dok bela binatang yang macam ni pun tak tau lah kan Whitecappuccino.....

      Delete
  9. eiiii kalau nurullah takutnya bela ikan mcm pirana.dah tau sifatnya mcm2 pegi carik pasal bela buek apo

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails