Sahabat adalah perisai diri

Saturday, June 30, 2012

Sanggup Bogel Cegah Bantuan....

Assalamualaikum,
Disebabkan marah dah cemburu ja dia sanggup buat apa saja...,melarang dan biarkan seorang budak yang tak tau apa2 lagi tu mendapat rawatan dan pertolongan dari sapa2 pun sehinggalah budak tu mati,memang sangat kejam.......

Mangsa yang cedera dilanggar Zhang...

Zhang yang sanggup berbogel di depan ambulans supaya mangsa tidak mendapat rawatan...


BEIJING: Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.

Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.

“Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan,” kata jurucakap polis.

“Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.

Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cedera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.

Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.

Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati.

“Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam,” kata pendakwa raya. - DM

31 comments:

  1. Gara-gara emosi menguasai boleh jadi apa saja. Mana pergi suami dia? Dahsyat kan:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kakzakie,

      Betoi tu Kakzakie,pasai tu lah agama kita suruh kita sentiasa mengingati Allah,supaya tak dikuasai syaitan kan kakzakie....

      Delete
  2. adoiii macam2..kesian kat budak tu ya...tak pasal2 jadi mngsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum MP,

      Tu la kan MP..selalunya kita dok dengar ni macam tu lah..masaalahnya orang tua,tapi anak2 yang menanggungnya...

      Delete
  3. Kasihan budak tu..tak pasal2 jd mangsa tanpa berfikir org2 dewasa..benci betul dgn cerita CINTA mcm ni..Cemburu..skandal suami/isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Eye_nee,

      Betoi tu Eye,tapi dalam kehidupan manusia,masaalah macam nih lah yang banyaknya ...yang geramnya tu anak2 lah yang akan menjadi mangsanya kan Eye....

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum Cheqna,

      Betoi tu Cheqna....memang macam2 dan pelik2 sungguh dunia la ni,benda yang kita tak terpikir pun boleh jadi kan Cheqna.....

      Delete
  5. Memang perasaan marah dah menguasi diri dan sanggup buat apa saja,yg pelik mana suaminya masa kejadian tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nazayiena,

      Pasai tu lah agama kita mengajar kita sentiasa mengingati Allah,supaya tak terjadi benda2 yang macam ni kan Nazayiena.....

      Berani dia tunggu nanti dengan dia2 sekali kena langgar he.he.he....

      Delete
  6. hurm...mcm2..teruk betull...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasalamualaikum Nyue,

      Memang teruk kan Nyue....sampai sanggup langgar orang dan yang lagi teruknya sanggup berbogel pulak tu kat depan orang ramai...

      Delete
  7. Cemburu membabi buta menjadikan manusia bersikal kejam pada manusia lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kunang-kunang,

      Betoi tu kunang-kunang....bersyukur sangat kita dilahirkan dalam islam,pasai islam ni mengajar kita sentiasa mengingati Allah barulah syaitan tak menguasai diri kan kunang-kunang.....

      Delete
  8. ros kalau ditempat kita bogel macam tu mau kena bawa ke TR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Acik,

      He.he.he....betoi tu Acik,kalau dia tak gila tak kan dia boleh sanggup buat macam tu kan Acik....

      Delete
  9. mental problem, penyakit zaman moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sudipVSsenduk,

      Yang herannya Kak Ros,orang disekeliling dia tu tak boleh buat apa2 ka...bukannya dia ada senjata apa pun,perempuan pulak tu...semua boleh dok tengok ja...

      Delete
  10. ishh..mcm2 kejadian kat sana ye..pelik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum fieda,

      Tu la fieda....Kak Ros pun dengar macam tu lah jugak..Kat negara depa ni memang pelik,undang2 pun pelik..

      Delete
  11. Replies
    1. Assalamualaikum mayangsayang,

      Kalau dah sampai macam tu memang sah gila kan mayangsayang...

      Delete
  12. agk nyer perangai suka meroyan, sbb tu laki dia menduakan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum KhaiRin,

      He.he.heeee...ya la Anies..agaknya la kut...

      Delete
  13. ...sadis gila...kenapalah org di situ tak buat tindakan drastik
    untuk menyelamatkan mangsa...pelik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Farid,

      Tu lah yang kak Ros pun dok heran jugak nih....apa yang depa takut sangat kat dia tu bukannya ada senjata apa pun,perempuan pulak tu kan Farid...

      Delete
  14. padahal boleh aje guna kereta lain kan...
    manusia ni mcm2 ragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kasihredha,

      Tu la kan kasihredha..,tak kan ambulan tu saja kut yang boleh bawak mangsa ke hospital..tak tau lah pulak kalau undang2 depa kat sana macam tu...

      Delete
  15. Hi..

    Yes, supposed it is..=)
    Thanks for visiting..

    ReplyDelete
  16. assalam ros..marah & berdendam sgt dia dgn perempuan tu..sanggup dia berbogel sbb nak halang ambulan tu kan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails