Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, July 4, 2012

8 Perkara JANGAN Buat Selepas Makan...

Assalamualaikum,
Dalam kehidupan kita seharian ni mesti ada peraturannya...,kalau kita nak kan keamanan......
Macam tu jugak lah dengan tubuh badan kita ni mesti jugak ada peraturannya.. kalau kita nak tubuh badan yang sihat......

Kat bawah ni ada Kak Ros letakkan 8 perkara yang tak sepatutnya kita buat selepas makan....mai kita tengok...

1. Jangan merokok.
Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi...

2. Jangan makan buah-buahan.
Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambi 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh.
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang.
Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat.

5. Jangan mandi.
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita.

6. Jangan banyak berjalan.
Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

7. Jangan terus tidur.
Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.

8. Jangan terus minum air.
Minum air selepas makan akan menyebabkan sistem penghadaman terganggu. Kita tidak digalakkan minum air yang banyak semasa atau dalam masa setengah jam - 1 jam selepas makan.

Selamat mengamalkan ye!

Sumber


16 comments:

  1. byk nyer yg sy buat lps mkn aduuhhhh

    ReplyDelete
  2. tapi sebenarnya..itu semua dah jadi rutin kita kan? bahaya ni

    ReplyDelete
  3. lelaki suka benar merokok lepas makan.. kannn?

    ReplyDelete
  4. alamak byk plak jgangan tuh saya dah terbuat..huhu

    ReplyDelete
  5. Waalaikum salam kak ros....

    Hubby saya kalu lepas makan mesti merokok...
    saya lepas makan terus minum...banyak gak yg saya buat tu...huuu

    tq kogsi ini...:)

    ReplyDelete
  6. semua sy pernah buat. huhu try la lepas ni ..

    ReplyDelete
  7. Satu yg masih susah kakak nak tinggal makan buah selepas makan. Kakak tahu dah banyak articles menasihatkan makan buah sebelum makan tapi kakak masih selalu buat selepas makan baru makan buah...

    ReplyDelete
  8. kalau bab buah tu..org melayu dah biasa, lps mkn baru mkn buah.
    tapi sejak saya tau, saya try ubah kebiasaan tu.

    ReplyDelete
  9. alamak.. byk yg saya buat ni..

    ReplyDelete
  10. good sharing ni kak! byk jgk yg mama selalu buat lepas makan..hehe kena ubah la pasni! :)

    ReplyDelete
  11. selalunya minum air lepas makan...salah lah kan...huhu

    ReplyDelete
  12. thx utk info nih..=D amalkan sunnah..=D

    ReplyDelete
  13. assalam ros..thanks..mama suka info ni.. :)

    ReplyDelete
  14. thanks...ada yg dah di amalkan...ada yg tak tahu pon...hehe tq :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails