Sahabat adalah perisai diri

Friday, July 13, 2012

Bahayanya Cincin...

Assalamualaikum,
Pakai cincin pun ada bahayanya jugak kan....ngeri sungguh Kak Ros baca cerita budak ni,nak pakai cincin pun dah rasa takut dah ni.....

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

Ini Dia ...Baidillih menunjukkan cincin yang menyebabkan jari telunjuk tangan kirinya hampir putus.

KUALA TERENGGANU:
“Saya sudah serik untuk memakai cincin kerana ia menyebabkan saya nyaris kehilangan jari,” kata Baidillah Ibrahim, 27, yang menggunakan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu untuk membuka cincin yang tersangkut pada jari telunjuk tangan kirinya.

Pemandu lori terbabit yang tinggal di Kampung Jerangau Barat, Hulu Terengganu, ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, semalam berkata, dia tidak menduga cincin tahan karat yang dipakainya sejak empat tahun lalu semakin ketat dan hampir menyebabkan dia kehilangan jari dalam kejadian pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia cuba mengeluarkan pagar kayu dari belakang lori di tempat kerjanya di sebuah kilang sawit di Jerangau pada jam 9.30 pagi.

Katanya, sebaik membuka bidai penutup badan lori, jari telunjuk tangan kirinya diletakkan di celah penyelak badan kenderaan berkenaan.

“Ketika itulah kaki saya tergelincir dan jari telunjuk tangan kiri saya yang bersarung cincin termasuk ke dalam penyelak menyebabkan kulit serta daging di jari itu terhakis akibat menahan berat badan saya daripada rebah.

“Walaupun perit, saya cuba membuka cincin besi itu, tetapi usaha itu gagal kerana ketat sebelum rakan menghantar saya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ,” katanya.

Baidillah berkata, doktor menggunakan khidmat anggota bomba untuk membuka cincin yang tersekat pada jari telunjuk.

“Anggota bomba mengambil masa setengah jam sebelum dapat memotong cincin berkenaan menggunakan mesin.
“Saya sebak melihat keadaan jari telunjuk yang hanya tinggal tulang dan beberapa urat akibat kesan koyakan daripada cincin itu.

“Dulu ramai orang menasihati saya supaya jangan pakai cincin terlampau lama kerana nanti susah hendak dibuka, tetapi tidak saya hiraukan,” katanya.
Menurutnya, dia yang serik dengan kejadian itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai cincin.


17 comments:

  1. rasa ngeri la pulak membacanya..

    ReplyDelete
  2. ngeri pulak baca..lain kali ken PKi cincin longgar2 cikit kan.

    ReplyDelete
  3. ngeri2 plus seram lak.... (sambil cube bukak cincin kawin kt jari) huhuhi

    ReplyDelete
  4. Macam mana sampai boleh ketat masih pakai juga,kalau nak wudhu' kan biasa longgarkan cincin/pusing-pusingkan. Allah... kalau dah nak kena susah nak cakapkan ngeri kakak baca ini Ros..

    ReplyDelete
  5. ish ngeri je... tp x kn sblm tu dia x sedar cincin tu mmg da x muat lg? kn kite bleh rs..

    ReplyDelete
  6. isshh...baca pun terasa ngerinya, sebab tu sya tak berapa nak pakai cincin takut tak boleh tanggal atau tersangkut di mana mana

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali kedua acik dapt cerita ni..kali pertama kawan satu tempat kerja ngan acik..terus dibuang jari manisnya..sebab cincin tersangkut di besi kunci air.

      Delete
  8. takutnye..sy pon pakai cincin gak ni..tpi longgar le

    ReplyDelete
  9. pernah kena sebelum kawin.. cincin yg dah bertahun pakai rupanya susah nak keluar (dah montel jari tu).. alhamdulillah nenek tolong guna minyak dll.. mau 30 minit nak keluar kan..

    ReplyDelete
  10. aduhaiii ngerikkk baca kak..saya memang tak suka pakai cincin...hehe rimas rasanya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails