Sahabat adalah perisai diri

Monday, July 2, 2012

Buaya gergasi di bandar Filipina catat rekod

Assalamualaikum,
Tu dia besarnya buaya nih...Kalau kak Ros dok ikat macam tu pun tak berani nak dok dekat he.he.he...takut,menyeramkan..

GAMBAR fail menunjukkan buaya yang bernama Lolong ditangkap di sebatang anak sungai di Bunawan pada September tahun lalu.

MANILA - Pihak pengurusan Guinness World Records mengisytiharkan bahawa seekor buaya yang dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa orang mati di selatan Filipina sebagai yang paling besar pernah dikurung di dunia.

Menurut jurucakap Guinness, Anne-Lise Rouse, buaya air masin itu berukuran 6.17 meter (m) panjang dan berat haiwan tersebut lebih satu tan.

Buaya itu ditangkap pada September tahun lalu di bandar kecil Bunawan di wilayah Agusan del Sur selepas tiga minggu diburu.

Haiwan itu mengambil alih rekod tersebut daripada seekor buaya sepanjang 5.48m yang dikurung di sebuah taman buaya di Australia.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde memberitahu agensi berita AP, beliau diberitahu oleh pihak Guinness tentang rekod tersebut pada bulan lalu.

Buaya itu yang bernama Lolong kini menjadi daya tarikan di sebuah pusat taman ekopelancongan dan penyelidikan di pinggir Bunawan.

Elorde berkata, pihak perbandaran telah memperoleh AS$72,000 (RM228,729) hasil kutipan tiket di pintu masuk taman tersebut.

Sebahagian wang itu digunakan untuk membeli makanan buaya tersebut.

Buaya itu ditangkap dengan menggunakan perangkap besi selepas seorang kanak-kanak terbunuh pada tahun 2009 dan seorang nelayan dilaporkan hilang.

Kerbau turut dijadikan umpan semasa usaha untuk menangkap buaya tersebut.

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dari sebatang anak sungai dengan menggunakan tali dan diangkat ke atas trak dengan menggunakan kren. - Agensi


13 comments:

  1. Betyl lah ROS kalaua akk pun..tak berani den nak dekat walaupun dah kene ikat mcm tu..bapak besar betulll buaya ni....

    ReplyDelete
  2. mak aihh ni memang besa kak ros
    sekali makan, 2-3 orang leh telan agaknya

    ReplyDelete
  3. mak aihh...
    memang tak akan datang dekat r ngan buaya ni..buatnya buaya tu mengamuk...hishhhh

    ReplyDelete
  4. perghhh...besar kot....
    seriau je rs tgk buaya ni..nie bru gambar..real2...omg

    ReplyDelete
  5. samalah ngan saya..idokle saya nak tengok dekat-dekat, buatnye tercabut ikatan tu..huhuhu haru......

    ReplyDelete
  6. mak aikk... besonyee... sekali ngapppp... terus hilang...

    ReplyDelete
  7. perkh besar kereta heheheh... besarnyer... menyeramkan betul lah

    ReplyDelete
  8. Boleh lelaki itu mendepangkan tangan atas buaya lagi tu Ros. Kakak tengok pun dh geli-geleman... Huuuiii memang besarlah.

    ReplyDelete
  9. assalam ros..besarnya buaya tu..seramnya !!!..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails