Sahabat adalah perisai diri

Thursday, August 30, 2012

Pergelangan Tangan Hampir Putus Diserang Peragut..

Assalamualaikum,
Makin menjadi jadi sungguh penjenayah la ni... depa tak peduli apa dah asalkan depa dapat apa yang depa nak..
Beringat dan sentiasalah berdoa pada Allah semoga Allah melindungi kita....

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my


PARAH...Rohairani pengsan apabila pergelangan tangan kirinya ditetak peragut dan dipapah orang ramai selepas sedar ke HRPZ II dalam kejadian di Jalan Che Su, petang semalam.


KOTA BHARU: Seorang pembantu klinik hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang ketika diragut dua lelaki di Jalan Che Su, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, akibat kecederaan parah yang dialami.

Dia sebelum itu dikatakan baru keluar dari kereta yang diparkir berhampiran tempat kejadian dan berjalan bersendirian ke kedai untuk membeli kain tudung.

Menurut saksi, Hidayah Daud, 21, dia mendengar suara wanita menjerit meminta tolong sebelum ternampak mangsa bergelut dengan seorang daripada peragut.

Katanya, mangsa cuba melawan sebelum suspek melibas parang dan menetak pergelangan tangannya namun gagal melarikan beg tangan mangsa.

“Saya lihat wanita itu ditetak berkali-kali namun mangsa masih tidak melepaskan beg tangan. Disebabkan itu, peragut bertindak melibas parang dan menetak tangannya.

“Bagaimanapun, peragut itu melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian sebelum orang ramai memberikan bantuan,” katanya.

Difahamkan, ibu kepada dua anak itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di HRPZ II. Adik mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke HRPZ II bersama ibu saudaranya dan untuk melihat keadaan kakaknya itu.

Katanya, dia terkejut melihat tangan kakaknya yang terbelah dan hampir putus akibat ditetak peragut terbabit.

“Saya terima panggilan daripada pihak hospital namun tidak menyangka kecederaannya begitu teruk malah saya terkejut apabila melihat tangannya yang hampir putus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, setakat ini polis masih belum mendapat maklumat tepat berhubung suspek dan akan menjalankan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Sumber

14 comments:

  1. kejam btl..takut plak nk keluar jln2..

    ReplyDelete
  2. kene hati hati sangat sekarang ni...

    ReplyDelete
  3. da makin berani peragut skrg kan.//

    ReplyDelete
  4. ya allah, kena extra hati2 skang ni!

    ReplyDelete
  5. xberani nak tgk dan bayangkan..

    tula kan.. xyhla pakai barang kemas bagai.. huhuhuhu.. menakutkan.. pakai gelang manik je lah.. selamat.. huhuhuhuhuhu insya-Allah..

    ReplyDelete
  6. Ya-Allah..takutnya lah sekarang ni kalau nak keluar rumah...rasa2 kalau mcm ni tak payah bawak hbang lah...simpan jer duit dlm poket seluar...atau bawa dompet kecil jer...yg boleh letak IC dan duit...Peragut makin berani..tmpt awam dan siang hari pulak tu....

    ReplyDelete
  7. aduh.... eeeee... kalau tertangkap peragut ni... potong tangan dia... dah dibagi tangan diguna tuk meragut plak... ishhhh

    ReplyDelete
  8. ya ALLAH, ngerinya.. takot la skrg ni nk jln soang2

    ReplyDelete
  9. sekarang ni pergi mana2 pun dah tak selamat..

    ReplyDelete
  10. apa nak jadi yaa..manusia sekarang..
    macam2 tak terfikir oleh kita leh berlaku..sekarang senang2 jee..
    aduhaii:(

    ReplyDelete
  11. assalam ros..semakin berani & kurang ajar peragut2 ni skrg ni..

    ReplyDelete
  12. errrkkk...takut pula sya dgr cerita ni. sampai hati dia tetak tangan tuuu..hrmmm..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails