Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 28, 2012

Serangga Merbahaya Boleh Membawa Maut.....

Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillahhh...dengan izin Allah dapat jugak kak Ros mai menziarah kawan2 maya Kak Ros kat sini...semoga semuanya sihat2 lah ya...maklum lah rezeki Allah dalam bulan syawal yang mulia ni kita p tang mana pun asyik dijamu makan ja kan he.he.he....makan tu makan lah jugak,tapi mesti kena beringat.....jangan sampai mudarat diri pulak sudah la he.he.he....

Ok lah....ada sapa2 yang kenai dengan serangga ni...?Kak Ros pun tak berapa arif sangat pasai binatang ni..Baru2 ni anak bujang Kak Ros balik cuti raya dari tempat belajar dia lah...tekejut Kak Ros bila tengok belakang dia penuh dengan bintik2 merah macam kulit terbakar ja...nampak memang teruk sangat....katanya akibat dari tersentuh dengan serangga Charlie....dengan sentuhan ja boleh jadi sampai macam tu,ish.ish...dasyat jugak lah serangga ni kan...

Kak Ros pun tak tau nak buat macam mana,terus bawak dia p jumpak doktor... Alhamdulillah lah nampak ok dah sikit....Tengok serangga ni tak besar mana pun,macam tak percaya pulak yang dia boleh menghasilkan cedera sampai macam tu sekali...ada jugak yang  kak Ros dengar sampai boleh membawak maut....dasyat sungguh kan.....Sapa2 yang tak pernah tengok serangga ni,mai tengok kat bawah ni...kak Ros ada cari sikit maklumat pasai binatang ni dekat Google....

Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin'(C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya(hebat betoi serangga nih...).


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang(huihhh..memang dia target orang Penang je ka...??? macam tau2 ja Kak Ros ni dok kat Penang...).

Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.


16 comments:

  1. Bahayanya serangga nie,nasib baik kak Ros bawa anak bujang kak Ros cepat2 gi klinik.

    ReplyDelete
  2. syukur anak akak selamat lepas bawa jumpa doktor kan... isshhh... bahaya la serangga ni...

    ReplyDelete
  3. bahaya nye...tapi tak pernah tgok plak serangga ni...

    ReplyDelete
  4. eii mmg bahaya sungguh lah , takut tgk!

    ReplyDelete
  5. Ishhhhh...nmpk kecik jek, tp kesan gigitan, mak aihhh!

    ReplyDelete
  6. uish bahaya tol serangga nih...

    ReplyDelete
  7. `slm aidil fitri ke9`..semuga ank bujang cepat sembuh..amin..thanks share infi ni..ehem pertama kali mama dengar tentang serangga ni..bahayanya..sampai blh bawa maut.. :(

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak ros....
    Salam Aidilfitri utk kak ros dan fmly...Maaf zahir dan batin..

    Saya tak pernah tengok serangga ni...memang bahaya betul...Apa pun terima kasih atas prkongsian....

    ReplyDelete
  9. eiiiiiiiiiiii geeeeellllllllllliiiiiiiinya
    meremang

    kakkkkkkk selamattt harrriiiii rayyyyaaaa
    mohon maaf dipinta jika terkasar tika mkomen :D

    ReplyDelete
  10. ni macam sama spesis semut kan..ishh takut juga la..kena hati-hati selalu la jgn sampai terserempak ngan serangga ni..

    ReplyDelete
  11. kecik aje tp bahaya...takut laks tengok..

    ReplyDelete
  12. sampai boleh mengelembong mcm tu....bahaya betul...

    ReplyDelete
  13. assalam kakros..Astaghfirullah..terkejut acik tengok..sampai boleh gelembong macam tu jadinya kulit..memang bahaya..

    ReplyDelete
  14. mmg bahaya..sy belajar kat UiTM Penang dl mmg byk serangga ni kat asrama..kat bilik air paling byk..nak mandi pon tgk2 je..seremm..nak tdo lagi la..takut terlenyek dia kat katil..sy pernah kena jgk kat blkg tengkuk..mmg pegi klinik bg ubat sapu

    ReplyDelete
  15. prnh kna ms duk asrama uitm pulau gadong melaka. mmg serik lh wlau kna kt tgn jea ada kwan lg teruk kna muka mcm kna pkul kt org jea huhuhu!! so nmpk jea charlie jgn sentuh die pkul dgn objek n kna bsuh objek atau buang trus sbb bisa die kt hujung bdn die bahaya, mcm kala jengking blakang die...

    ReplyDelete
  16. Sy pun baru kena ni kak..sblm ni penah kena tp tak tau apa punca..baru smlm sy nampak benda ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails