Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 5, 2012

350 Rumah Tenggelam...

Assalamualaikum,
Dah mai musim hujan pulak.... ,kat tempat Kak Ros pun tengah hujan lebat la ni..
Teruk betoi kan..2 jam ja hujan boleh banjir sampai macam ni....

Oleh Gaddafi Musli 
am@hmetro.com.my


TERKANDAS...anggota bomba dan penyelamat serta penduduk sekitar membantu mengeluarkan kanak-kanak sekolah yang terperangkap.

TERPERANGKAP...kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan.

KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.

“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.

Sumber

8 comments:

  1. Cuaca sekarang x menentu k.ros. .la ni cuaca panas kat sp, tempat lain hujan lebat pulak

    ReplyDelete
  2. takut juga kalau terjadi banjir tiba2 dan x terjangka macam ni !

    ReplyDelete
  3. terperanjat dgr dlm berita.... kesian sbb ada kwn opis yg terperangkap dlm banjir kt sg besi n sampai umah kul9lbh...

    ReplyDelete
  4. salam kenal... kesian mereka... hope hari ni semua ok...

    ReplyDelete
  5. skrg ni byk banjir kilat.. longkang dah tak cukup kot..

    ReplyDelete
  6. memang hujan lebat kat sini semalam... pukul 6 ptg dah macam masuk magrib dahhh...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails