Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 19, 2012

Cerita Lawak...

Assalamualaikum,
Kreatif sungguh orang yang dok tulis cerita2 lawak ni kan....gelak guling2 Kak Ros bila membacanya...kredit  lah dari Kak Ros buat  cerita2 ni semua dan penulisnya jugak...mai kita layan sat untuk senaman muka pagi2 nih he.he.he....


Nenek Tua
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”


Malas Ke Sekolah
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!


 Bapanya yang tidak pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah letakkan sesuatu benda, jangan lupa tempatnya!


16 comments:

  1. oh my english..... senda pagi bt kite heppy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum norhidana,

      Betoi tu norhidana...dok asyik buat kerja ja..sesekali tu,kita kena lah hiburkan hati jugak kan he.he...

      Delete
  2. Ok Ros... betul dah buat kakak gelak sendirian dipagi hari. Senyum buat mulut nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kakzakie,

      Ya kakzakie ketawa ni baik sangat untuk muka kan he.he....pagi2 nih elok lah kita mulakan dengan senyuman kan kakzakie he.he...

      Delete
  3. oh mmg lawak..hilang stress pepagi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum rieda,

      Inilah tujuannya kita gelak ketawa ni,nak hilangkan tekanan kan rieda...hilang lah sat apa yang dok serabut kat kepala tu he.he...

      Delete
  4. salam kenal Ros, seronok baca sini. lawak cerita nenek tu haha...
    Ros, jemput buat analisa kesihatan dlm blog saya ye. free takde caj hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nor,

      Ya..salam kenal jugak dari kak Ros...mai lah jengok selalu he.he...

      Kak Ros dah pi dah analisa kat blog Nor...terima kasih ya dengan info2 tu semua,bagus sangat untuk kesihatan diri..

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum Chenta,

      Pagi2 nih baik sangat kalau kita semua mulakan kerja dengan senyuman dan hati yang gembira kan Chenta...

      Delete
  6. kahkahkahkah... seyes lawak....

    kena ajar nenak tu nak letak baby biar sekali ngan hp... boleh miscall... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dwaty,

      He.he.he..idea yang sangat baik nih dwaty he.he..

      Delete
  7. Replies
    1. Assalamualaikum Kesuma Angsana,

      Biar ceria sikit pagi2 ni kan Kesuma Angsana he.he...

      Delete

Related Posts with Thumbnails