Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 24, 2012

Diet Dengan Sihat..

Assalamualaikum,
Tidak ramai yang tau termasuk lah dengan kak Ros jugak macam mana nak mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat setiap hari dengan cara yang betoi kan...Amalan yang betoi ni memang dapat mengembalikan bentuk tubuh badan kita dengan baik, asalkan kita rajin dan berdisiplin mengamalkannya...
kak Ros pun nak kena amal dan berdisiplin jugak nih,lepas raya badan ni macam dipam2 ja he.he....

Kak Ros terjumpak artikel ni kat sini...sangat baik untuk panduan kita semua kan...


Jangan berlapar 

Ramai orang beranggapan berlapar boleh mengurangkan berat badan, namun sebenarnya makanan memberi tenaga dan apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. 

Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bagi mereka yang tidak tahan lapar, pada kebiasaannya akan makan dengan lebih banyak. Ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan kembali ke paras normal, metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama.

Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan 

Ini boleh dilakukan dengan mengambil kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim sekali gus mengurangkan rasa untuk makan.

Minum lapan gelas atau satu liter air sehari 

Air mengurangkan selera makan. Minum satu liter atau lebih air setiap hari kerana ia berfungsi menyingkirkan lemak dan toksin dalam badan. Selain itu, ia bagus untuk kulit. Minum air suam sebaik saja bangun tidur sekurang-kurangnya dua gelas setiap pagi.

Mengambil sarapan 

Berat badan boleh dikurangkan dengan pengambilan sarapan. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang bersarapan. Ini kerana sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Makan dan kunyah makanan perlahan-lahan 

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dalam cebisan kecil sebelum menelannya kerana dengan cara ini makanan mudah hadam. Apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan dan mudah kenyang.

Elakkan makanan ringan 

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, berus gigi atau kunyah gula-gula getah. Rasa berangin di mulut akan membantutkan selera.

Makan banyak sayur dan buah-buahan 

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah. Kurangkan pengambilan mentega dalam makanan serta melebihkan bijirin kerana kaya karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Makan sedikit, tetapi banyak kali 

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika makan di luar, pesan air suam atau air limau nipis kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak.

Masak makanan 

Cara memasak paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menggoreng dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak lemak haiwan.

Pilih hidangan 

Ketika memilih makanan, ambil piring rata dan bukan mangkuk. Ambil sayuran dulu diikuti nasi dan lauk. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makan di meja makan dan bukannya ketika menonton televisyen. Ini kerana makan sambil menonton menyebabkan anda makan lebih banyak daripada biasa.

Amalkan: 

1. Minum air limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Caranya, perah limau ke dalam gelas berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil tiga sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan, amalkan minum teh hijau atau teh cina bersama serbuk kayu manis dan madu.

5. Rebus halia muda dan minum airnya setiap pagi. Selain bagus membuang angin, ia juga membantu mengurangkan berat badan.

Aktiviti untuk langsing: 

1.Berjalan membantu mengurangkan sebahagian kalori daripada jumlah makanan yang diambil. Setiap 25 langkah berjalan menggunakan satu kalori lebih-lebih lagi ketika menaiki tangga.

2.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian gunakan lif.

3.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dan nafas yang dalam.

4.Bersenam sangat baik bagi otot dan sendi yang kaku.

5.Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

6.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan, tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan paha.

7.Jadikan amalan berjoging setiap hari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum bekerja.


17 comments:

  1. rmi org xbape phm istilah diet yg sbnr nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mira,

      Betoi tu Mira Kak Ros pun selalu jugak dok tak kena dalam berdiet nih..memang kena belajar banyak lagi nih kan Mira.....

      Delete
  2. Salam Ros, bagus info diet ni... sesuai juga utk ibu hamil, coz time hamil ni la dpt penyakit kencing manis, so, pemakanan manis kene la kawan n kurangkan, mmg tekak ni nak manis jew...hehehehe.. tq dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum eMMe,

      Waalaikumsalam...
      Baguskan kalau kita boleh dok ikut semuanya dengan baik,tapi tu lah eMMe,Kak Ros ni selalunya dok terkandas he.he...

      Buat ibu mengandung rasanya bagus sangat,tapi yang aktiviti lansing tu rasanya tak sesui la,ia sesuai masa lepas bersalin kan eMMe he.he...

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum kak tini,

      Ya...baik sangat buat kita semua,sama samalah kita menfaatkannya ya kak tini...

      Delete
  4. good info kak... yg selalu saya buat makan sarapan... kalau tak mkn tak boleh buat kerja kot hehehe....sbb perut asyik bunyi jer mintak mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cik Puan Izan,

      He.he..kak Ros pun sama,kadang2 tu orang yang dok kat sebelah pun boleh dengar...memang pagi2 lagi kena dok isi perut dah he.he...

      Delete
  5. tq share bolahlah kalau nak dipraktik2kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kesuma Angsana,

      Sama2..
      Ya la Kesuma Angsana...memang kita kena berusaha nih..kalau kita nakkan tubuh badan yang sihat dan cantik..

      Delete
  6. bagus info ni. sesuai untuk saya yang hobinya makannn je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Lya,

      Sama lah hobi kita ni Lya he.he...Bila Kak Ros tengok info macam ni selalu ja nak ikut,tapi selalu jugak lah tergelincir...ishhh....kena buat sungguh2 nih,badan Kak Ros ni pun dah koi menjadi jadi dah ni he.he...

      Delete
  7. kebanyakan petua jika diamalkan secara berterusan Insyaallah memberi kebaikan. Yang tak berkesan sebab selalu kecundang sekerat jalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum DrSam,

      Beti,betoi sangat tu DrSam..yang penting amalannya tu kan...ni lah kebanyakkannya yang orang tak boleh nak ikut...pasai kesannya tu bukannya nak boleh nampak segera kan DrSam...

      Delete
  8. bab nak elak makanan ringan tu yg selalu gagal tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kazman,

      Tu la kan Kazman...benda2 lagu yang suka sangat tuh he.he...

      Delete

Related Posts with Thumbnails