Sahabat adalah perisai diri

Friday, September 21, 2012

Gadis Api Misteri....

Assalamualaikum,
Pelik jugak kak Ros rasa apa yang terjadi kat adik Wan Nor Fatihah Wan Hanafi ni,tapi semua ni tak mustahil kan ,boleh berlaku kat sapa2 pun jugak...sama2 lah kita berdoa mintak pertolongan dari Allah,semoga adik ni cepat sembuh....


Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. – Foto Unit Komunikasi Menteri Besar

KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.

“Saya tidak takut dengan apa yang dialami ini dan selagi ada hayat saya akan berdoa supaya api ini tidak muncul lagi. Kami tetap mencari jalan penyelesaian daripada gangguan yang dilalui sekian lama.

“Sekarang ini, dengan kemunculan api misteri di rumah ini, saya tidak boleh lemah semangat dan perjuangan untuk menghentikan semua gangguan tidak sewajarnya berhenti separuh jalan, apatah lagi mengalah begitu sahaja,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sempena lawatan tersebut beliau turut menyempurnakan solat Hajat dan berdoa semoga ALLAH SWT melindunginya daripada sebarang gangguan makhluk halus.

Wan Nor Fatihah juga memberitahu, semenjak kemunculan api tersebut keluarganya tidak putus-putus berikhtiar untuk melenyapkan api tersebut dan sejak pertama kali diekorinya kira-kira 77 pengamal perubatan sudah tampil membantu.

“Alhamdulillah jika sebelum ini saya dikejutnya dengan kemunculan api sebanyak 70 kali sehari sekarang gangguan terbabit semakin berkurangan dan ini adalah berkat doa serta izin ALLAH SWT untuk membantu saya.

“Biarpun kekerapan semakin kurang, namun gangguannya kadang-kalanya lebih teruk dan semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk mengharungi ujian ini serta terus menamatkan masalah yang menghimpit diri ini,” katanya.

Akibat gangguan tersebut juga, fikiran Wan Nor Fatihah turut terganggu kerana ada yang mencemuh keadaan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang luar.

Semalam bermula sejak pagi sehingga jam 7 petang kira-kira enam kali api mesteri tersebut muncul dan membakar pakaian di dalam rumah itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz menasihatkan keluarga supaya bersabar dan sentiasa berusaha untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala.

“Saya berharap keluarga ini tidak berputus asa dan saya berdoa semoga mereka dilindungi ALLAH SWT daripada sebarang gangguan makhluk halus. Hakikatnya, ALLAH SWT maha berkuasa ke atas segala sesuatu,” katanya.

Sumber

11 comments:

  1. moga ikhtiar keluarga berjaya memulihkan apa yg terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Sal,

      Sama2 lah kita berdoa pada Allah ya Sal....tak pernah lagi kak Ros dengar kejadian yang macam ni,takut pulak..

      Delete
  2. simpati kat dia sekeluarga apabila turut dicemuh..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
    doakan segala-galanya berakhir..perjalanan hidupnya masih panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Anim,

      Betoi tu Anim...macam mana lah keluarga ni menghadapinya selama ni kan Anim...Sama samalah kita berdoa pada Allah...

      Delete
  3. Semoga adik fatiha ni cepat sembuh dan bebas dr sebarangan gangguan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ieedaz,

      Ya sama samalah kita berdoa pada Allah...kesian Kak Ros tengok...dah la ditimpa masaalah,ada yang mencemuh pulak tu....semoga depa dapat bersabar dengan dugaan Allah ni..

      Delete
  4. assalam ros..besarnya dugaan adik ini..semuga dia tabah menghadapi ujian dr Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum mama,

      Waalaikumsalam...
      Ya betoi tu mama...sama samalah kita berdoa pada Allah,semoga Adik ni cepat sembuh...

      Delete
  5. kesiannya....semoga dia tabah dan sabar hadapi segalanya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum MP,

      Sama samalah kita berdoa pada Allah ya MP...dengan cara ni saja lah yang mampu kita tolong...semoga adik ni cepat sembuh...

      Delete
  6. assalamualaikum...
    saya seorg perawat yg menjalankan rawatan Islam..saya tahu knp, dan apa yg mengganggu adik ni...say dah mntk tolong PKP skolahnya tapi PKP tu sombong nak mampos...
    saya akan pergi bila Allah telah takdirkan kedatangan saya..insyallah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails