Sahabat adalah perisai diri

Thursday, September 20, 2012

Kecik2 Dah Jadi Samseng...

Assalamualaikum,
Dekat sekolah ni tempat kita nak menimba ilmu,untuk menjadi orang yang berguna,bukannya tempat belajar nak jadi samseng...

Oleh Na'imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my



SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan.

PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.

Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.

“Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.

“Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu,” katanya.

Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.

Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.

“Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.

“Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.


25 comments:

  1. Persekitaran kita semakin 'menakutkan'. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kakcik,

      Betoi tu kakcik...keganasan menjadi jadi,kecik2 lagi dah berani mencederakan orang...memang menakutkan..

      Delete
  2. Tak tahu di mana silapnya anak2 sekarang..sudahnya kecik2 lagi dah ada rekod polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Norhaizan,

      Tu la Norhaizan...Kak Ros pun heran jugak.. mesti ada silapnya kan budak2 yang bermasalah macam ni....

      Delete
  3. assalamros..sungguh acik rasa takut..tambah ada anak yang sekolah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Acik,

      Masaalah budak2 samseng macam ni,bukannya kat dalam sekolah ja Acik,kat luar sekolah pun, lagi menjadi jadi samseng depa tu,kadang2 tu guru2 pun kena jugak..

      Delete
  4. Replies
    1. Assalamualaikum nur anis,

      Kak Ros pun pening jugak bila dok pikir pasai budak2 samseng nih...mesti kena buat sesuatu kat depa ni kan nur anis...

      Delete
  5. macam2 la zaman sekarang ni...kecik2 dh pandai tunjuk hero

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum NoEn,

      Tu la kan NoEn....kalau hero kot belah elok tu tak pa lah jugak,ni menyusahkan orang...

      Delete
  6. adohaaiii.. camna la bebudak sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum mulan,

      Makin menjadi jadi kelaku budak2 la ni kan mulan..yang dok buat maksiat pun banyak,yang dok pukul orang pun banyak....

      Budak2 yqng bermasaalah macam ni memang tak boleh dibiarkan.. depa harus dibimbing,apa pun mesti kena bermula dari rumah,mak pak kena lah bagi perhatian lebih dekat anak2 yang macam ni..Kerja tu kerja lah jugak,tapi anak2 jangan kita abaikan,pasai depa lah harta yang paling bernilai sekali yang Allah anugerahkan kat kita kan mulan...sayang kalau kita tak jaga betoi2..

      Delete
  7. kkdg risau ttg anak2 di sekolah bila baca cter2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kesuma Angsana,

      Memang pun Kesuma,mestilah risau kan bila dok dengar cerita yang macam ni ...tapi ni lah hakikatnya.
      Kadang2 tu,Kak Ros macam tak percaya ja yang budak2 belasan tahun ni mampu dan sanggup mencederakan orang sampai macam tu sekali..

      Delete
  8. Replies
    1. Assalamualaikum Mira,

      Betoi tu Mira...memang tak boleh dipandang remeh dah kelaku budak2 kat sekolah ni..dah semakin teruk kan Mira...

      Delete
  9. takut tgk diaorunk..berani semacam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum rieda,

      Betoi tu rieda...jangan dok pi tegur sembarangan laaa..kelaku depa tu,silap2 kita pun kena...

      Delete
  10. Assalam kak ros,
    singgah sini kejap sebab tak sempat nak singgah hari tu..
    kak ros sihat ke tu..maaf kita dah lama tak singgah sini..maklum ler sibuk aje..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Ayu,

      Waalaikumsalam...he.he...tak pa..
      Alhamdulillah kak Ros sihat,harap Ayu pun sihat selalu ya...
      Tak pa Ayu Kak Ros paham,biasa lah tu kan,Kak Ros pun sama...lama jugak kak Ros tak pi ziarah kawan2,sibuk jugak he.he..

      Delete
  11. Replies
    1. Assalamualaikum ieedaz,

      Tu lah ieedaz...banyak sangat pengaruh2 yang tak elok tak elok ni dok ada disekeliling depa kan....apa pun,peranan mak pak la yang sangat penting,kena dok pantau sentisa apa yang depa selalu dok buat..

      Delete
  12. salam,

    selagi kerajaan tak ditukar mcm2 masalah akan berlaku di sekolah

    Cuepacs nak kerja lebih masa kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum New Hope,

      Semoga Negara kita dan Agama kita dipelihara Allah SWT selamanya....harap tak lama lagi termakbul lah apa yang kita semua hajatkan selama ni Aminnn....

      Delete
  13. budaya ini semakin menular dimalaysia..hu2x..sgt menakutkan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails