Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 3, 2012

Kembar Hitam Putih..

Assalamualaikum,
Kehendak Allah semuanya tak mustahil kan....

PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.

 
PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.a

LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.

Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.

Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih.

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.

“Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.

Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa.

Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik.

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya.

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya.

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur.

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai.
Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. - TS

4 comments:

  1. assalam kak ros..itulah tanda kebesaran ALLAHkan kak..
    selamat hari raya, maaf zahir batin buat akk sekeluarga

    ReplyDelete
  2. jika Allah berkata "Kun Fayakun", maka jadilah...

    ReplyDelete
  3. Asal kan keduanya sihat..Allah maha berkuasa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails