Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 12, 2012

Kisah Penderitaan Lelaki Pengidap Penyakit Kulit Teruk...

Assalamualaikum,
Berat mata memandang,berat lagi bahu orang yang nak pikulnya kan.....siksa sungguh Kak Ros tengok keadaannya tu..Ini ujian Allah baginya ...kita ni tak tau lah lagi macam mana pulak....Semoga Allah menyembuhkan penyakitnya tu.....


BALING – Pendedahan sebuah akhbar mengenai penderitaan seorang lelaki yang menghidap penyakit kulit di Kampung Bukit Kuala Kuang, Baling dan terpaksa tidur beralaskan daun pisang sebelum ini kini menemui seorang lagi penduduk diKampung Ketemba Kememeh berhadapan masalah sama.

Abdul Roni Awang Kecik, 49, menderita penyakit kulit ini sejak lahir mengakibatkan keseluruhan badannya menjadi hitam, kering dan gatal sehingga beberapa bahagian isi badannya terlerai.

Penderitaan itu mengakibatkan Abdul Roni mengalami tekanan jiwa sejak 10 tahun lalu seterusnya menjejaskan ingatannya terhadap ahli keluarga mahupun jiran-jiran.

Mentalnya yang semakin terganggu membuatkan Abdul Roni terpaksa diletakkan di dalam rumah khas bersebelahan rumah kakaknya untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kini, Abdul Roni dijaga sepenuhnya kakaknya, Khatijah Awang Kecik, 58, yang bertanggungjawab menjaga kebajikannya.

Khaitjah berkata, penyakit adiknya merupakan antara yang teruk pernah dilihatnya.

“Saya sering melihat penyakit kulit di akhbar tempatan mahupun media elektronik, namun, tiada lagi penyakit yang seteruk adik saya.

“Dulu, Abdul Roni masih boleh menoreh getah dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Namun, selepas dia mengalami tekanan jiwa, tindakannya di luar jangkaan. Tenaganya begitu kuat. Dia boleh menumbangkan tiga orang lelaki dewasa,” katanya.

Menurutnya, berikutan keadaan itu, keluarganya berbincang dan bersetuju menempatkan Abdul Roni di rumah yang dibina khas untuknya.

“Keadaan ini tidak bermakna kami memulaukannya, tetapi khuatir sekiranya Abdul Roni bertindak di luar jangkaan. Namun begitu, makan minumnya tidak pernah terabai,” katanya.
Banyak rawatan dilakukan

Ditanya mengenai tindakannya untuk mengubati Abdul Roni, Khatijah berkata, telah banyak rawatan yang dilakukannya termasuk rawatan moden mahupun tradisional.

“Puluhan ribu ringgit terpaksa dikorbankan semata-mata untuk mengubati penyakitnya. Namun, semuanya tidak berhasil. Keadaan kulitnya bertambah teruk sehingga ke hari ini.

“Walaupun begitu, saya dan keluarga lain sentiasa berusaha untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk kebaikan dirinya. Hati mana tidak tersentuh, melihat adik sendiri dalam keadaan begini. Setiap malam, saya berdoa supaya tuhan memulihkan penderitaannya itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Khaitjah berkata, adik ketiganya itu sering mengerang kesakitan apabila tidak dapat menahan bisa gatal yang memakan setiap bahagian isinya.

“Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan meletakkan krim di badannya untuk mengurangkan sedikit bisa kesakitannya. Walaupun krim ini tidak dapat bertahan lama, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit kesakitan ini.

“Krim ini akan disapukan setiap hari di badan adik. Namun, dalam jumlah yang tidak banyak kerana kos krim ini agal mahal. Krim ini hanya mampu bertahan seminggu sahaja. Namun begitu, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan dapat juga mengurangkan bebanan ini,” katanya.

Khatijah berkata, dia memohon kepada mana-mana individu dapat membantu merawat penyakit kulit dan juga masalah mental adiknya itu.

“Kalau boleh, biarlah dia kenal siapa saya dan adik beradiknya yang lain. Saya berharap ada pihak yang sudi membantu termasuk kewangan mahupun kepakaran untuk mengubati penyakit adiknya itu,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank anak saudara Abdul Roni, Mohd Khairul Asyraf (152040277246) ataupun menghubungi Khatijah di talian 019-4312791.


5 comments:

  1. bahaya penyakit gatal ni... sengsara hidup... tido pun tak lena...

    ReplyDelete
  2. simpati dengan penderitaannya..
    betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete
  3. turut bersimpati moga2 ada cara pengubatan utuk penyakit belaiu ini. doakan yg terbaik aje

    ReplyDelete
  4. kite kn gigit nyamuk da merungut kegatalan...tp dia...ya allah kesiannya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails