Sahabat adalah perisai diri

Monday, September 3, 2012

Lubang Misteri Di Tengah2 Jalan Raya.....

Assalamualaikum,
Lubang apa nihhh....bahaya betoi kat tengah2 jalan raya dan besar pulak tu...EEE menyeramkan la..

Sebuah kereta terjerlus ke dalam lubang misteri di wilayah Hunan, kelmarin.

BEIJING – Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.

Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.

Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.

Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.




Sumber

2 comments:

  1. aduh... ngerinyer... siap nampak setiap layer tanah kt situ... jgn la sampai kt melesia ada camtu ek

    ReplyDelete
  2. takutnyer... takut ada aliran air kat bawah tu !

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails